...SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI SK KAMPUNG FIKRI SUNGAI TONG (SKK) 21500 SETIU TERENGGANU...~~~BERSATU..SETIA..BERJASA~~~
“Dalam hidup ini adakalanya kita perlu menangis, agar kita sedar hidup ini bukan hanya untuk bergembira & berketawa, adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menghargai nilai setitis air mata, kalau kita tidak merasa kesulitan hari ini, kita tidak akan rasai kemanisan kemudian hari, tidak salah untuk sesekali kita perlu DERITA untuk mengenal erti BAHAGIA...sesekali kita perlu KECEWA untuk kita kenal erti KEJAYAAN...sesekali kita perlu MENANGIS untuk kita syukuri NIKMAT yang diberi...sesekali kita perlu TERHIRIS untuk kita kenal DIRI SENDIRI...."

Tuesday, 31 May 2016

Monday, 30 May 2016

Cara Rasulullah Sambut Ramadhan

Adalah Rasul SAW yang mempersiapkan diri betul menyambut kedatangan setiap bulan Ramadhan.
Image result for persiapan ramadhanPersiapan Rasul tersebut bukan hanya bersifat jasmani, melainkan paduan jasmani dan rohani mengingat puasa sebagaimana ibadah yang lain adalah paduan ibadah jasmani dan rohani, di samping ibadah yang paling berat di antara ibadah wajib (fardu) lainnya.

Oleh sebab itu, ia disyariatkan paling akhir di antara ibadah wajib lainnya. Persiapan jasmani tersebut dilakukan oleh Rasul SAW melalui puasa Senin-Kamis dan puasa hari-hari putih (tanggal 13,14 dan 15) setiap bulan sejak bulan syawal hingga Sya’ban.

Diriwayatkan dari Abu Hurairah RA bahwasanya Rasulullah SAW senantiasa puasa Senin dan Kamis. Dikatakan kepada beliau, “Wahai Rasul, engkau senantiasa puasa Senin dan Kamis.”

Beliau menjawab, “Sesungguhnya pada setiap hari Senin dan Kamis Allah SWT mengampuni dosa setiap Muslim, kecuali dua orang yang bermusuhan. Allah berfirman, ‘Tangguhkanlah keduanya sampai keduanya berdamai’.” (HR. Ibnu Majah).

Dalam kaitannya dengan puasa tiga hari setiap bulan, Rasul SAW bersabda kepada Abu Dzar Al-Ghifari RA, “Wahai Abu Dzar, jika engkau ingin berpuasa setiap bulan, maka puasalah tanggal 13,14 dan 15.” (HR. Tirmidzi).

Sedangkan persiapan rohani dilakukan oleh Rasul SAW melalui pembiasaan shalat tahajud setiap malam serta zikir setiap waktu dan kesempatan. Bahkan, shalat tahajud yang hukumnya sunah bagi kaum Muslimin menjadi wajib bagi pribadi Rasul SAW.

Diriwayatkan oleh Aisyah RA yang bertanya kepada Rasul SAW mengenai pembiasaan ssalat tahajud, padahal dosa-dosa beliau telah diampuni oleh Allah SWT, Rasul SAW menjawab dengan nada yang sangat indah, “Apakah tidak boleh aku menjadi hamba yang pandai bersyukur?”
Memasuki bulan Sya’ban, Rasul SAW meningkatkan kuantitas dan kualitas ibadah puasa, qiyamul lail, zikir dan amal salehnya. Peningkatan tersebut dikarenakan semakin dekatnya bulan Ramadhan yang akan menjadi puncak aktifitas kesalehan dan spiritualitas seorang Muslim.

Jika biasanya dalam sebulan Rasul SAW berpuasa rata-rata 11 hari, maka di bulan Sya’ban ini beliau berpuasa hampir sebulan penuh. Dikisahkan oleh Aisyah RA bahwasanya, “Rasulullah banyak berpuasa (di bulan Sya’ban) sehingga kita mengatakan, beliau tidak pernah berbuka dan aku tidak pernah melihat Rasulullah berpuasa sebulan penuh kecuali puasa Ramadhan. Dan aku tidak pernah melihat Rasulullah banyak berpuasa (di luar Ramadhan) melebihi Sya’ban.” (HR. Bukhari-Muslim).

Dalam riwayat Usama bin Zayed RA dikatakan, “Aku bertanya kepada Rasul, ‘Wahai Rasulullah, Aku tidak melihatmu banyak berpuasa seperti di bulan Sya’ban?’ Beliau menjawab, ‘Sya’ban adalah bulan yang dilupakan manusia, letaknya antara Rajab dan Ramadhan. Di bulan tersebut amal manusia diangkat (ke langit) oleh Allah SWT dan aku menyukai pada saat amal diangkat aku dalam keadaan berpuasa’.” (HR. An-Nasa’i).

Sya’ban adalah bulan penutup rangkaian puasa sunah bagi Rasulullah SAW sebelum berpuasa penuh di bulan Ramadhan. Jika Rasul telah mempersiapkan penyambutan Ramadhan dengan berpuasa minimal 11 hari di luar Sya’ban dan 20-an hari di bulan Sya’ban, berarti untuk menyambut Ramadhan Rasulullah SAW telah berpuasa paling sedikitnya 130 hari atau sepertiga lebih dari jumlah hari dalam setahun.

Maka, hanya persiapan yang baiklah yang akan mendapat hasil yang baik, dan demikian pula sebaliknya. Semoga Allah SWT memberikan kesempatan kepada kita untuk mempersiapkan diri di bulan Sya’ban sehingga memperoleh hasil yang maksimal di akhir Ramadhan.

Wednesday, 25 May 2016

SELAMAT BERCUTI

YEAAAAYYYY!!!....Cuti dah mula....SELAMAT BERCUTI | Assalamualaikum !!! Yuhuuu..cuti sekolah datang lagi..Di kesempatan ini admin nak ucapkan selamat bercuti kepada semua murid dan guru-guru. Pada anak-anak yang di bekalkan kerja sekolah untuk di siapkan sepanjang cuti sekolah, harap jangan lupakan tugas penting. Cuti, cuti jugak tapi buku dan kerja sekolah jangan tinggalkan..jaga diri dan tak lupa juga SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA....

Terima kasih kerana singgah membaca entri....

Sunday, 22 May 2016

MINGGU PEPERIKSAAN!!


Assalamualaikum dan salam sayang buat semua

minggu ni minggu peperiksaan sekolah admin....dan rata rata sekolah di Terengganu ni minggu ni memang minggu budak budak exam...yang sebenarnya telah pun bermula minggu lepas...jadi di kesempatan ini, admin nak ucapkan selamat menjawab peperiksaan dengan baik ye anak anak. kepada cikgu cikgu, selamat menanda kertas.



Tuesday, 17 May 2016

PROGRAM AMALAN PEMAKANAN SIHAT BERSAMA UMT

Tarikh        :        17 MEI 2016
Masa         :         11.00 a.m hingga 12.30 p.m
Sasaran      :        Murid Tahun 4 & Tahun 5

Pihak sekolah dikunjungi oleh pihak UMT untuk satu program kesihatan bertajuk Teknologi Pemakanan Sihat.
Program ini adalah bertujuan untuk memberi info berkenaan amalan pemakanan sihat.Pelbagai aktiviti telah dijalankan antaranya permaian Game Online,Susun Piramid Makanan dan mengenal jenis makanan sihat dan tidak sihat.
Sekian, Terima Kasih kepada Semua Yang Menjayakan Program Ini. Tahniah !!


SAMBUTAN HARI GURU & HARI PEKERJA 2016 PERINGKAT SEKOLAH


16 MEI - Sambutan Hari Guru merupakan satu pengiktirafan buat semua yang bergelar 'cikgu'. Semoga dengan pengiktirafan ini dapat menyemarakkan lagi iltizam dan tekad serta ikhtiar dalam usaha kita menjana dan mengangkat martabat profesion keguruan sebagai profesion yang dipandang tinggi semurni tugas seorang guru.

Sambutan Hari Guru diadakan serentak bersama Hari Pekerja memandangkan hari pekerja juga jatuh pada bulan Mei. Dengan bertemakan "Sukan" pada tahun ini, sambutan kali ini sangat meriah.

Aturcara Sambutan :
-Guru-guru berkumpul di Arena Bola Tampar
-Sukaneka
REHAT
-Berkumpul di kantin
-Nyanyian lagu Negaraku
-Ucapan Ketua Murid
-Bacaan perutusan oleh GPK-GPK
-Ucapan Guru Besar
-Ikrar Guru
-Nyanyian lagu Guru Malaysia dan lagu tema hari guru
-Persembahan murid
-Pertukaran hadiah
Majlis dimulakan dengan acara sukaneka kerana cuaca sekarang sangat panas.Acara  bermula pada pukul 9.00 pagi.Guru-guru dan staf menyertai pelbagai acara seperti sedut kacang soya, boling  menggunakan buah kelapa, masuk air dalam botol dan sambut belon antara rumah -rumah sukan.Suasana begitu meriah kerana guru-guru dan staf serta Murid-murid sangat bersemangat kerana  masing-masing memberikan sokongan kepada pasukan pilihan mereka.
kusyuk mendengar taklimat daripada pengelola majlis  Cikgu hesham.

Acara sukaneka selesai pada jam 10.00 pagi dan warga SKKFST  telah berkumpul di Kantin Sekolah jam 10.30 pagi. Majlis Rasmi dimulai dengan nyanyian lagu Negaraku, Seterusnya ucapan alu-aluan oleh Ketua Murid Sekolah .Dalam ucapannya,Ketua Murid yang mewakili semua murid menyampaikan ucapan Selamat Hari Guru dan ucapan terima kasih kepada guru-guru,serta mendoakan mereka. Seterusnya majlis. Diteruskan dengan Bacaan perutusan oleh GPK Pentadbiran dan GPK Hem dan diakhiri dengan ucapan oleh Tuan Guru Besar, En Zainuddin bin Dollah. Majlis kemudian digamatkan lagi dengan persembahan nyanyian lagu tema Hari Guru dan lagu “ Kami Guru Malaysia” dan seterusnya bacaan ikrar Hari Guru yang diketuai oleh Cikgu Wan Izimi.
Bacaan ikrar dan nyanyian lagu tema hari guru.
Acara  persembahan oleh murid-murid Tahap Satu dan dua.
Sesi cabutan bertuah.
Skuad ATRA Langkap datang menyumbangkan kek Hari Guru kepada SKKFST.Terima kasih diucapkan kepada YB Dato’ Sabri Mohd Nor.
Majlis sambutan berakhir kira-kira jam 01.30 tengah hari dengan acara penyampaian hadiah  acara sukaneka dan pertukaran hadiah antara guru.
SELAMAT HARI GURU  DAN HARI PEKERJA 2016

ENGLISH FESTIVAL CLUSTER SCHOOLS OF EXCELLENCE NATIONAL LEVEL 2016

Date : 14th May 2016
Day  : Saturday
Vanue : SK Pengkalan Raja Pontian Johor
" Towards Better English And Brighter Future "