Saturday, 31 May 2014
Wednesday, 28 May 2014
Saturday, 24 May 2014
Wednesday, 21 May 2014
Sunday, 18 May 2014
LAWATAN PENANDA ARAS DARI SK BUKIT PANAU
at
19:36
Alhamdulillah pada 17 Mei lalu SKKFST telah menerima tetamu lagi seramai 60 orang yang
terdiri daripada guru dan pekerja dari SK Bukit Panau, Tanah Merah yang sampai
sekitar jam 10.30 pagi seperti yang dijanjikan. Harap semua tetamu
mendapat maklumat dan berkongsi ilmu yang ada. Keramahan mereka lebih
memesrakan hubungan dan majlis berjalan lancar.Pihak pengurusan SKKFST mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kerana sudi datang ke sekolah kami.Apa yang diharapkan adalah semoga hubungan yang dijalinkan ini akan berterusan demi mencapai hasrat pendidikan Negara.
Menyambut tetamu yang hadir dengan senyuman dan salam mesra
Menikmati sedikit kudapan sambil menandatangani buku pelawat
Sekitar lawatan di kawasan sekolah
Pertukaran cenderamata antara sekolah oleh GB dan PK Pentadbiran
SAMBUTAN HARI GURU DAN HARI PEKERJA 2014
at
19:12
Hari Guru Peringkat Sekolah SKKFST telah disambut dengan
meriahnya pada 18 Mei 2014 bertempat di Kantin SKKFST. Semua
warga sekolah telah berkumpul pada 7.30 pagi
untuk menyambut Hari Guru. Majlis dimulakan dengan bacaan doa, nyayian lagu
Negaraku, , bacaan Perutusan Menteri Pendidikan
dan Ketua Pengarah Pendidikan, ucapan wakil murid dan ucapan dari guru
besar. Selepas itu, semua warga guru menyanyikan lagu Guru Malaysia dan
diikuti dengan bacaan ikrar. Pada pukul 9.30 pagi.Selepas acara rasmi tamat,semua guru dan murid berkumpul di gelanggang bola tampar untuk acara pertandingan bola tampar antara rumah sukan.Terima kasih juga diucapkan kepada En.Anuar bin Ishak ( Pen.Peg.PPD Unit ICT ) kerana sudi memeriahkan majlis kami.
Acara rasmi yang dijalankan sebelah pagi.
1.Bacaan Doa oleh Ustaz Azman bin Ali Akmal ( KAFA )
2.Bacaan perutusan oleh GPK 1 dan GPK HEM
3.Ucapan daripada Ketua Pelajar
4.Nyanyian lagu Negaraku dan Guru Malaysia
Pertandingan bola tampar antara rumah sukan yang melibatkan guru dan pekerja
Acara kemuncak pertukaran hadiah antara guru-guru dan murid-murid memberikan hadiah kepada guru-guru
Setinggi ucapan terima kasih kepada pihak yang menghantar kek Hari Guru kepada SKKFST.
Sunday, 11 May 2014
PERKHEMAHAN BADAN BERUNIFORM PERINGKAT SEKOLAH 2014
at
18:53
Kem Komanden kini dan selamanya - Sir Wan Izimi bin Wan Md Zin
Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan sepanjang tempoh perkhemahan. Antaranya adalah pertandingan memasak, Pertandingan Kawad Kaki, Khemah Terbaik dan Persembahan Malam Kebudayaan. Semua aktiviti yang diadakan telah menguji ketahanan mental dan fizikal murid.
Tahniah dan Syabas untuk semua yang menjayakan aktiviti tahunan ini dengan meriah dan sempurna.
Di bawah adalah beberapa gambar untuk tatapan dan kenangan perkhemahan pada tahun ini.
HARI PERTAMA : persiapan tapak dan mendirikan khemah peserta
HARI KEDUA : Pertandingan Kawad Kaki & Pertandingan Memasak
HARI KETIGA : Pertandingan Khemah Terbaik dan Majlis Penutup yang dirasmikan oleh Puan Guru Besar.
Sesi Senaman dan Riadah
TAHNIAH kepada pemenang pada tahun ini.Yang kurang berjaya kita cuba lagi dilain masa.
Inilah wajah-wajah gembira yang telah menamatkan perkhemahan sesi 2014 dengan cemerlang dan jayanya.kenangan pada tahun ini tidak akan admin lupakan.Tuesday, 6 May 2014
SELAMAT MENYAMBUT HARI GURU 2014
at
17:58
"Pencetus Kreativiti Penjana Inovasi"
Tema rasmi Hari Guru 2014 adalah Guru
Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi. Tema itu telah dipersetujui oleh
Menteri Pendidikan Malaysia sebagai tema sambutan Hari Guru kali ke 43.
Untuk info, tarikh Hari Guru di Malaysia jatuh pada 16 Mei 2014.
Sambutan hari guru pada 16 Mei setiap tahun adalah sebagai penghargaan
terhadap jasa warga pendidik.
Maksud Definisi Tema Hari Guru 2014
Guru:
Kata guru merangkumi semua warga pendidik yang menyumbang khidmat bakti
dalam semua bentuk institusi pendidikan yang menjadi penggerak serta
pendukung kepada pembangunan pendidikan negara.
Pencetus:
Merujuk kepada maksud peranan untuk menimbulkan sesuatu ilham/ idea
atau mengeluarkan sesuatu seperti ilmu. Guru bertindak sebagai pencetus
idea kepada kreativiti dalam usaha melahirkan generasi intelek.
Kreativiti:
Didefinisikan sebagai penghasilan idea, kebolehan untuk mencipta atau
proses pemikiran yang mendorang dalam pencetusan idea baru dan berdaya
kreatif.
Penjana: Merujuk maksud guru sebagai penggerak atau perantara yang paling penting dalam proses transformasi ke arah keberhasilan
Inovasi:
Didefinisikan sebagai pengaplikasian kreativiti, pembaharuan,
modifikasi, kaedah dan sistem bagi penghasilan sesuatu produk baru dan
perkhidmatan yang lebih baik dan bermakna.
Saturday, 3 May 2014
AMALAN BULAN REJAB
at
19:48
Segala puji bagi Allah Semesta Alam, selawat dan salam kepada
Nabi kita Muhammad, keluarga, para sahabat dan para pengikut beliau
hingga akhir zaman. Alhamdulillah, kita bersyukur kepada Allah Ta’ala
kerana pada saat ini kita telah memasuki salah satu bulan haram yaitu
bulan Rejab. Apa saja yang ada di sebalik bulan Rejab dan apa saja amalan
di dalamnya?
Rajab di Antara Bulan Haram
Bulan Rajab terletak antara bulan Jumadil Akhir dan bulan Sya’ban. Bulan Rajab sebagaimana bulan Muharram termasuk bulan haram. Allah Ta’ala berfirman,
إِنَّ عِدَّةَ الشُّهُورِ عِنْدَ اللَّهِ اثْنَا عَشَرَ شَهْرًا فِي كِتَابِ اللَّهِ يَوْمَ خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ مِنْهَا أَرْبَعَةٌ حُرُمٌ ذَلِكَ الدِّينُ الْقَيِّمُ فَلَا تَظْلِمُوا فِيهِنَّ أَنْفُسَكُمْ
“Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah adalah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan haram. Itulah (ketetapan) agama yang lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu.” (Qs. At Taubah [9] : 36)
Sayangnya, entah bagaimana prosesnya, justru sebahagian kaum muslimin berpendapat bahwa bulan Rajab memiliki berbagai keutamaan, sehingga umat Islam dianjurkan untuk melakukan ibadah-ibadah tertentu agar mereka dapat meraih fadhilah atau keutamaan tersebut. Di-antara contoh-contoh amalan-amalan yang sering dipercaya umat Islam untuk dilakukan pada bulan Rejab adalah:
1. Mengadakan solat khusus pada malam pertama bulan Rejab.
2. Mengadakan solat khusus pada malam Jumaat minggu pertama bulan.
3. Solat khusus pada malam Nisfu Rejab (pertengahan atau tanggal 15 Rejab).
4. Solat khusus pada malam 27 Rejab (malam Isra' dan Mi'raj).
5. Puasa khusus pada tanggal 1 Rejab.
6. Puasa khusus hari Khamis minggu pertama bulan Rejab.
7. Puasa khusus pada hari Nisfu Rejab.
8. Puasa khusus pada tanggal 27 Rejab.
9. Puasa pada awal, pertengahan dan akhir bulan Rejab.
10. Berpuasa khusus sekurang-kurang-nya sehari pada bulan Rejab.
11. Mengeluarkan zakat khusus pada bulan Rejab.
12. Umrah khusus di bulan Rejab.
13. Memperbanyakkan Istighfar khusus pada bulan Rajab.
" SELAMAT BERAMAL"

Subscribe to:
Posts (Atom)