Kejohanan Merentas Desa Peringkat Daerah Setiu telah
diadakan di SK Felda Chalok Barat pada 25 Jan 2018, bersamaan dengan hari
Khamis. Kejohanan ini merupakan acara tahunan yang dianjurkan bertujuan
untuk melahirkan murid yang cergas dan aktif dalam bidang sukan.
Kejohanan ini juga diharapkan dapat membentuk murid yang progresif dan
berdaya saing demi memastikan kemenjadian murid sebagai insan yang
seimbang dan harmonis.
Kejohanan pada tahun ini
menyaksikan penyertaan yang amat menggalakkan daripada SKKFST yang teleh menghantar wakil seramai 11 orang iaitu 6 orang murid lelaki dan 5 orang murid perempuan.Kedudukan terbaik adalah daripada seorang peserta perempuan iaitu 46/477 kategori B12. Apapun tahniah diucapkan kepada semua peserta yang telah berusaha sedaya upaya menamatkan larian dalam edisi kali ini.
" Majulah Sukan Untuk SKKFST "