Wednesday, 30 December 2015
SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH SESI 2016
at
17:34
Kurang lagi 3 hari sesi persekolahan tahun 2016 akan bermula.Diharap semua murid telah bersedia daripada semua aspek.Kembali bersemangat bagi meneruskan persekolahan untuk mencapai pelbagai kejayaan.SELAMAT DATANG diucapkan kepada murid-murid TAHUN 1 & PRASEKOLAH dan SELAMAT KEMBALI kepada murid-murid TAHUN 2 - TAHUN 6 .Kami Warga SKKFST berbesar hati dan sangat mengalu-alukan kedatangan kalian semua.
Adalah diharapkan, 2016 bakal membawa satu titik perubahan yang besar di bumi SKKFST tercinta. Seperti kata pepatah “Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah / bermula di bawah tapak kaki seseorang.”
Kita kembali ke sekolah untuk sesi 2016 dengan penuh keazaman menempah kecemerlangan dunia dan akhirat.
Ucapan selamat kembali ke sekolah juga ditujukan kepada semua warga guru,
pentadbir, staf, murid dan juga ibu bapa/ penjaga SKKFST.
Tuesday, 29 December 2015
Monday, 28 December 2015
KURSUS DALAMAN (LADAP) BAGI DSKP MATA PELAJARAN TAHUN 6 KSSR 2015
at
22:58
28 - 30 DIS 2015
Kursus Dalaman Peringkat Sekolah bagi mata pelajaran Tahun 6 KSSR telah diadakan bertempat di makmal komputer SKKFST dengan kehadiran 100% guru.Program ini bertujuan untuk menyebarkan serta berkongsi maklumat dengan semua warga sekolah agar dapat difahami dengan harapan proses PdP Tahun 6 KSSR pada tahun 2016 berjalan lancar.Program telah berlangsung dengan jayanya dan setiap guru lebih memahami konsep KSSR yang dimaksudkan.Semoga program ini banyak memberi manfaat baru kepada setiap guru. Terima kasih kepada semua guru yang sudi hadir.
Kursus Dalaman Peringkat Sekolah bagi mata pelajaran Tahun 6 KSSR telah diadakan bertempat di makmal komputer SKKFST dengan kehadiran 100% guru.Program ini bertujuan untuk menyebarkan serta berkongsi maklumat dengan semua warga sekolah agar dapat difahami dengan harapan proses PdP Tahun 6 KSSR pada tahun 2016 berjalan lancar.Program telah berlangsung dengan jayanya dan setiap guru lebih memahami konsep KSSR yang dimaksudkan.Semoga program ini banyak memberi manfaat baru kepada setiap guru. Terima kasih kepada semua guru yang sudi hadir.
Sunday, 27 December 2015
PERSIAPAN MINGGU AKHIR
at
22:43
gambar hiasan sahaja |
Assalamualaikum..... Hari ini admin ingin memberi tips dalam berbelanja secara berhemah.....
Krisis harga barang menyebabkan
ramai yang gagal dalam menguruskan kewangan sehingga berlaku pelbagai
krisis terutamanya krisis rumah tangga. Bagi mengelakkan situasi ini
daripada berlaku, terdapat beberapa tips yang boleh dijadikan amalan :
1. Ubah gaya hidup, Jika dulu gemar membeli barang import, sekarang gunalah produk tempatan. Produk tempatan bukan sahaja lebih murah malah boleh memberi pulangan yang baik kepada ekonomi Negara. Berikan peluang kepada produk tempatan untuk berkembang. Elak terlalu bersikap bergantung kepada produk luar sehingga menjejaskan ekonomi Negara.
2. Tunjukkan contoh kepenggunaan yang baik kepada anak-anak. Ibu bapa perlu didik dan memberi teladan yang baik untuk dicontohi. Elakkan pembaziran secara tidak sedar seperti pembaziran air, elektrik dan penggunaan telefon bimbit.
3. Tingkatkan kemahiran dan pengetahuan untuk meningkatkan pendapatan dan berjimat. Setiap suri rumah wajar mempunyai kemahiran seperti menjahit atau membuat kuih bagi membantu suami menambahkan sumber pendapatan. Selain itu, praktik perkara yang sebelum ini tidak pernah dibuat misalnya menanam sayur-sayuran di laman rumah hatta di dalam pasu sekalipun.
4. Rancang perbelanjaan secara berhemah. Dianggarkan berlaku pembaziran antara 20 hingga 25 peratus bagi perbelanjaan setiap isi keluarga. Ramai yang gemar berbelanja tanpa merancang. Buat perancangan awal dan senaraikan jenis barang sebelum membeli. Utamakan barang keperluan dan hadkan barangan yang tidak diperlukan.
5. Jangan panik atau terlalu emosi. Sebaliknya guna hak sebagai pengguna. Membeli secara bijak dan elak dimanipulasikan golongan peniaga yang cuba ambil kesempatan.
Subscribe to:
Posts (Atom)