Telah
diadakan pada hari Khamis, 14 Februari 2013. PK HEM mewakili Puan Guru Besar telah
melepaskan peserta untuk memulakan larian sejauh 5 km. Rumah Hijau masih
mengekalkan kejuaraan keseluruhan diikuti oleh Rumah Merah, Rumah Kuning dan Rumah Biru.
Taklimat kejohanan disampaikan oleh Cikgu Md Hesham sebelum memulakan larian.Taklimat berkenaan
menerangkan peraturan dan laluan pertandingan yang akan dilalui
Sebelum memulakan pertandingan, para peserta telah melakukan acara
memanaskan badan terlebih dahulu. Acara memanaskan badan diketuai oleh
Cikgu Mohd Sabri
Peserta bersiap sedia untuk dilepaskan.
Larian bermula dari luar pagar sekolah, melalui jalan ladang fikri, dan akhirnye
ke SK Kg Fikri semula dengan jarak lebih kurang 5 kilometer
jauhnya.
Johan keseluruhan acara merentas desa bagi tahun ini telah diungguli
oleh rumah Hijau mengalahkan tiga rumah sukan yang
lain. Majlis diakhiri dengan majlis penyampaian hadiah dan berakhir jam 1.00 tengahari.
No comments:
Post a Comment