Nabi Muhammad Salallahualaihiwassalam
sudah tiada lagi didunia ini. Namun baginda tidak membiarkan umat
selepas kewafatannya dalam keadaan terbiar tanpa sebarang petunjuk dan
panduan. Baginda meninggalkan kita semua satu mukjizat terbesar yang tidak akan berubah, hilang dan musnah hingga ke hari kiamat.
Ianya menjadi rujukan dan panduan yang lengkap lagi relevan bagi setiap bangsa, keadaan dan zaman. Itulah Al-Quran, kitab untuk umat Islam.
Firman Allah SWT: “Dan
tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun
burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat
seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran
ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka
(untuk dihisab dan menerima balasan).” (Al-An’am:38)
Ianya menjadi rujukan dan panduan yang lengkap lagi relevan bagi setiap bangsa, keadaan dan zaman. Itulah Al-Quran, kitab untuk umat Islam.
Al-Quran merupakan kitab yang lengkap sebagai panduan dan rujukan bagi umat Islam. Tidak ada satu perkara pun yang terlepas atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan, segalanya terkandung di dalam al-Quran.
No comments:
Post a Comment