"Fire Drill " atau Latihan Kebakaran adalah
antara langkah persediaan yang penting untuk mempersiapkan murid,
guru dan kakitangan sekolah apabila menghadapi keadaan sebenar semasa
kebakaran.
Jawatankuasa Keselamatan, Kecerian, Kebersihan dan Kesihatan (JK3K) SK Kampung Fikri ( Sg Tong ) di bawah pengurusan HEM telah berjaya mengadakan satu latihan kebakaran pada 21 Januari 2015 yang lalu.
JK3K SKKFST dibawah penyelarasnya, En Mohd Amri bin Hussain ( GPK HEM ) telah menggariskan beberapa objektif untuk latihan seumpama ini seperti:
1. murid/Guru/Kakitangan dapat menyelamatkan diri jika sekiranya berlaku kebakaran
2. murid/Guru/Kakitangan dapat berwaspada sentiasa dan berhati-hati dengan kebakaran.
3. murid/Guru/Kakitangan dapat mengikuti laluan yang betul untuk menyelamatkan diri ketika berlaku kebakaran
Latihan Kebakaran yang dirancang 11.30 pagi dikuti dengan semua murid keluar dari kelas dan beratur di tepi kelas dan terus berjalan menuju ke tempat berhimpun di padang ketika berlaku kebakaran. Semua guru, murid SKKFST, murid Pra Sekolah, pekerja Kantin bergegas menuju ke tempat perhimpunan semasa berlaku kebakaran atau kecemasan.

No comments:
Post a Comment