Majlis Apresiasi Kecemerlangan & Graduasi Prasekolah telah di adakan pada 18 November 2015 bertempat di Kantin SKKFST. Majlis Apresiasi Kecemerlangan ini di rasmikan oleh Tuan Haji Rosmadi bin Haji Nasir( Pegawai PPD Setiu ). Majlis Apresiasi Kecemerlangan ini di adakan bertujuan untuk memberi penghargaan kepada murid-murid yang cemerlang sepanjang tahun 2015.Di atas pentas yang indah lagi gah telah menyaksikan pelbagai anugerah telah di berikan seperti Anugerah Kecemerlangan Prasekolah, Kedudukan dalam Kelas, Pencapaian Cemerlang Matapelajaran Tahun 1 hingga 6 dan pelbagai lagi anugerah yang di berikan. Di samping itu, Konvokesyen murid Prasekolah Adwan turut diadakan dan telah disempurnakan oleh Tuan Haji Rosmadi bin Haji Nasir( Pegawai PPD Setiu ) disaksikan oleh ibubapa dan tetamu yang hadir.
Majlis dibuka dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran yang telah disampaikan oleh murid prasekolah Adik Muhammad Ilham bin Mohd Hazani ( 6 Tahun ).
Ucapan daripada Ketua Murid Adik Ahmad Muhaimin bin Mohd Amri.
Ucapan Alu-aluan daripada Guru Besar SKKFST En.Zainuddin bin Dollah.
Ucapan daripada YDP PIBG SKKFST Tuan Haji Dollah bin Mat Ali.
Ucapan Perasmian oleh Tuan Haji Rosmadi bin Haji Nasir ( Pegawai PPD Setiu ).
Persembahan daripada murid prasekolah, murid tahap 1 dan tahap 2.
Barisan tetamu VIP yang hadir.
Majlis graduasi murid prasekolah Adwan.
Penyampaian sijil bakti lestari juga diberikan bagi menghargai jasa dan sumbangan pihak TDM & PIBG sepanjang tahun 2015 demi melihat kejayaan anak-anak SKKFST.
Terima kasih kepada Tuan Haji Rosmadi kerana sudi hadir merasmikan majlis SKKFST.
Pelbagai kejayaan dan anugerah yang diraih murid-murid daripada Tahun 1- Tahun 6 sepanjang tahun 2015.Tahniah diucapakan kepada semua yang telah berjaya.
Persembahan khas daripada murid Tahun 6 dan hari-hari terakhir sebelum mereka melangkah masuk ke alam Sekolah Menengah.
Sudah tentu disebalik sesebuah majlis ada krew-krew yang bertugas di belakang tabir.Jutaan terima kasih ditujukan kepada krew-krew yang bertugas dan mengawal selia keadaan sepanjang majlis.Tanpa kalian event ini
tidak akan berjalan sebagaimana yang kita rancangkan....!
" Ringan sama dijinjing...Berat Sama dipikul..."
No comments:
Post a Comment