...SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI SK KAMPUNG FIKRI SUNGAI TONG (SKK) 21500 SETIU TERENGGANU...~~~BERSATU..SETIA..BERJASA~~~
“Dalam hidup ini adakalanya kita perlu menangis, agar kita sedar hidup ini bukan hanya untuk bergembira & berketawa, adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menghargai nilai setitis air mata, kalau kita tidak merasa kesulitan hari ini, kita tidak akan rasai kemanisan kemudian hari, tidak salah untuk sesekali kita perlu DERITA untuk mengenal erti BAHAGIA...sesekali kita perlu KECEWA untuk kita kenal erti KEJAYAAN...sesekali kita perlu MENANGIS untuk kita syukuri NIKMAT yang diberi...sesekali kita perlu TERHIRIS untuk kita kenal DIRI SENDIRI...."

Tuesday, 12 January 2016

PROGRAM TRANSISI TAHUN 1 2016



PROGRAM TRANSISI
MURID TAHUN SATU
2016

PENYELARAS    :        Pn Hjh Aini Salmy binti Azam ( Guru Kelas )

PESERTA : MURID TAHUN SATU SERAMAI 22 ORANG



PENGENALANProgram Transisi Tahun Satu merupakan satu program yang bertujuan untuk membantu murid menghadapi perubahan daripada pendidikan tidak formal di rumah atau tadika kepada pendidikan lebih formal di Tahun Satu sekolah rendah. Dalam masa yang sama program ini juga dapat memastikan agar semua murid Tahun Satu yang datangnya dari latar belakang, pengalaman yang berbeza dapat memulakan proses pembelajaran di Tahun Satu pada tahap pencapaian yang hampir sama.

TUJUAN PROGRAM1. Murid–murid dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran guru –guru dan kawan baru dalam masa yang singkat.2. Guru–guru dapat menyelaraskan keperluan kognitif, emosi, kerohanian dan jasmani murid secara menyeluruh sebelum memulakan proses pengajaran dan pembelajaran secara formal di Tahun satu.3. Meningkatkan minat dan semangat murid datang ke sekolah tanpa banyak masalah.

OBJEKTIF

 1. Mengembangkan sosio- ekonomi dan menyesuaikan diri kepada persekitaran yang formal.2. Memperolehi pengetahuan dan kemahiran asas mengikut sukatan pelajaran Tahun 1.3. Mencapai tahap pencapaian kognitif yang hampir sama untuk memudahkan proses pengajaran dan    pembelajaran seterusnya.4. Menyesuaikan diri di kelas Tahun 1.5.  Bermotivasi dan bersemangat untuk belajar.

Aktiviti indoor bersama guru-guru yang mengajar tahun satu 2016

Aktiviti outdoor sukaneka dijalankan untuk mengeratkan lagi hubungan antara murid tahun satu.
Akhir kata jutaan terima kasih kepada semua yang telah terlibat samada secra langsung dan tidak langsung.




Sumber Maklumat: Kementerian Pendidikan Malaysia "

No comments:

Post a Comment