SKKFST - semua murid dan warga SKKFST berkesempatan melihat sendiri kejadian gerhana matahari yang berlaku pada 9 Mac 2016 yang lalu...
Pada waktu sama ia dapat memberi peluang kepada semua murid untuk
merasai sendiri suasana gerhana matahari yang berlaku setiap empat
tahun.
pada hari tersebut kita hanya dapat melihat gerhana matahari sekitar 73-75
peratus sahaja kerana gerhana penuh berkemungkinan terjadi di
Indonesia.
Cikgu Md Hesham selaku Guru Sains menerangkan kepada murid-murid
mengenai kejadian gerhana matahari dan menunjukkan kepada mereka
bagaimana ia berlaku.
Ia merupakan sesuatu yang amat berharga kerana keindahan gerhana matahari hanya dapat dilihat empat tahun dan itu bukan tempoh masa yang sekejap.
Murid-murid turut ditunjukkan bagaimana cara menunaikan solat gerhana matahari sebelum melakukan secara berjemaah di surau an-nur SKKFST.
No comments:
Post a Comment