11 Mei 2016 - Alhamdullilah dengan izin dan limpah kurnianya maka Program Transformasi Potensi Diri 6A untuk murid-murid Tahun 5 dan Tahun 6 SKKFST telah dijalankan dengan jayanya. Program bermula pada 11.00 pagi hingga 2:00 petang yang disertai oleh Tahun 5 dan Tahun 6 iaitu seramai 46 orang murid yang akan menduduki peperiksaan UPSR. Tujuan program motivasi dan peningkatan belajar ini dijalankan untuk memberi kesedaran di samping meningkatkan motivasi kepada murid Tahun 5 dan Tahun 6 supaya bersedia lebih awal untuk menghadapi peperiksaan UPSR terutamanya. Program ini juga memperkenalkan kaedah dan meningkatan cara meningkatkan semangat yang lebih berkesan kepada para pelajar untuk menghadapi peperiksaan kelak.
Persediaan awal untuk menghadapi peperiksaan utama seperti UPSR adalah penting bagi setiap murid agar mereka dapat bersedia dalam melengkapkan diri baik dari segi emosi, fizikal dan juga mental. Justeru, program ini dirancang dengan tujuan membantu murid untuk mencapai cita-cita mereka ke arah kejayaan yang cemerlang.
Majlis dipengerusikan oleh GPK Pentadbiran SKKFST iaitu En Mohd Amri bin Hussain.
Bacaan doa oleh En Wan Izimi bin Wan Md Zin
Jutaan terima kasih diucapkan Dr Hajjah Fauziah Awang kerana sudi datang ke SKKFST.Walaupun jadual beliau padat beliau sempat juga datang bertemu anak-anak SKKFST.Lebih mesra dengan panggilan 'Ummi' dikalangan murid-murid maka lebih mudah untuk beliau berkomunikasi.
Cenderamata untuk Dr Fauziah Awang telah disampaikan oleh GPK HEM Pn Norasikin bin Simat.
OBJEKTIF
Objektif program ini adalah untuk :
* Memberi motivasi agar diri pelajar lebih berkeyakinan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.
* Mencungkil kelebihan dan kelemahan diri individu untuk maju dalam pelajaran.
* Memberi kesedaran kepada para pelajar tentang peranan dan tanggungjawab yang seharusnya dipikul sebagai pelajar.
* Melahirkan pelajar-pelajar yang cemerlang.
No comments:
Post a Comment