KUALA LUMPUR: Kabinet
setuju untuk mengekalkan tema sambutan Hari Kebangsaan tahun lalu
'Sehati, Sejiwa' untuk 2016 kerana perlunya memupuk semangat
bersatu-padu yang telah lama menjadi amalan dalam kalangan rakyat
Malaysia.
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak,
berkata ketika Malaysia menghampiri sambutan Kemerdekaannya yang ke-59,
semangat itu penting jika kita mahu melihat negara kita, dan rakyatnya
mencapai kemajuan dalam dekad akan datang."
Selanjutnya di : http://www1.bharian.com.my/node/170429
KUALA LUMPUR: Kabinet setuju untuk mengekalkan tema sambutan Hari
Kebangsaan tahun lalu 'Sehati, Sejiwa' untuk 2016 kerana perlunya
memupuk semangat bersatu-padu yang telah lama menjadi amalan dalam
kalangan rakyat Malaysia. Selanjutnya di : http://www1.bharian.com.my/node/170429
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak, berkata ketika Malaysia menghampiri sambutan Kemerdekaannya yang ke-59, semangat itu penting jika kita mahu melihat negara kita, dan rakyatnya mencapai kemajuan dalam dekad akan datang."
"Saya percaya bahawa tidak kira apa warna kulit atau bahasa pertuturan, terdapat nilai-nilai sejagat yang kita berkongsi bersama dan menyatukan kita," katanya menerusi catatan dalam blog beliau sskeruak.blogspot.my di sini, hari ini. Salleh berkata, beberapa perkara dapat menyatukan rakyat seperti sukan, seni dan hiburan.
"Selain ikon favourite, juara dunia Datuk Nicol David dan Datuk Lee Chong Wei, kita tidak kurang mempunyai ramai lagi atlet lain yang cemerlang yang telah mengibarkan Jalur Gemilang di pentas dunia dan mengharumkan nama negara," kata beliau.
Mengenai atlet Felicia Mikat, 16 tahun, yang cacat penglihatan tetapi merangkul tiga pingat emas pada Sukan Para Asean ke-8 tahun lalu, dan atlet Paralimpik, Mohd Ridzuan Mohd Puzi dan Abdul Latif Romly yang kedua-duanya meraih emas pada Kejohanan Dunia Olahraga IPC baru-baru ini di Doha, Salleh berkata:
"Mana-mana ahli sukan akan memberitahu anda bahawa mencapai kecemerlangan dalam sukan adalah misi yang rumit tetapi ia lebih sukar apabila anda dilahirkan dengan ketidakupayaan."
Mengenai seni dan hiburan, Salleh berkata, pelakon Tan Sri Michelle Yeoh telah mengangkat nama Malaysia melalui lakonannya, penyanyi dan komposer Yuna kini sebaris dengan ikon hiburan seperti Beyonce dan Rihanna apabila album terbaharunya menduduki sebagai satu daripada album R&B di carta tertinggi yang dikeluarkan tahun ini.
"Akhirnya, kita berbangga dengan pengarah filem Nadira Ilana, rakyat Malaysia yang pertama dipilih untuk melaksanakan projek filem dokumentari Australia yang meneroka penempatan luar bandar di seluruh Asia Pasifik," katanya.
Beliau berkata, adalah membanggakan bahawa kita mempunyai ramai rakyat Malaysia yang menempa nama di pentas dunia dan kisah kejayaan ini meniupkan elemen-elemen yang boleh memberi inspirasi kepada negara dan kebanggaan menjadi warga Malaysia.
"Kita harus mempertahankan kemerdekaan dan mengekalkan semangat bersatu-padu. Marilah kita mengekalkan semangat bersatu dan terus berusaha untuk mencapai kecemerlangan dan perpaduan dalam apa jua yang kita lakukan," katanya. - BERNAMA
#sumber - BHOnline
KUALA LUMPUR: Kabinet
setuju untuk mengekalkan tema sambutan Hari Kebangsaan tahun lalu
'Sehati, Sejiwa' untuk 2016 kerana perlunya memupuk semangat
bersatu-padu yang telah lama menjadi amalan dalam kalangan rakyat
Malaysia.
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak,
berkata ketika Malaysia menghampiri sambutan Kemerdekaannya yang ke-59,
semangat itu penting jika kita mahu melihat negara kita, dan rakyatnya
mencapai kemajuan dalam dekad akan datang."
Selanjutnya di : http://www1.bharian.com.my/node/170429
Selanjutnya di : http://www1.bharian.com.my/node/170429
KUALA LUMPUR: Kabinet
setuju untuk mengekalkan tema sambutan Hari Kebangsaan tahun lalu
'Sehati, Sejiwa' untuk 2016 kerana perlunya memupuk semangat
bersatu-padu yang telah lama menjadi amalan dalam kalangan rakyat
Malaysia.
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak,
berkata ketika Malaysia menghampiri sambutan Kemerdekaannya yang ke-59,
semangat itu penting jika kita mahu melihat negara kita, dan rakyatnya
mencapai kemajuan dalam dekad akan datang."
Selanjutnya di : http://www1.bharian.com.my/node/170429
Selanjutnya di : http://www1.bharian.com.my/node/170429
KUALA LUMPUR: Kabinet
setuju untuk mengekalkan tema sambutan Hari Kebangsaan tahun lalu
'Sehati, Sejiwa' untuk 2016 kerana perlunya memupuk semangat
bersatu-padu yang telah lama menjadi amalan dalam kalangan rakyat
Malaysia.
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak,
berkata ketika Malaysia menghampiri sambutan Kemerdekaannya yang ke-59,
semangat itu penting jika kita mahu melihat negara kita, dan rakyatnya
mencapai kemajuan dalam dekad akan datang."
Selanjutnya di : http://www1.bharian.com.my/node/170429
Selanjutnya di : http://www1.bharian.com.my/node/170429
" Selamat Menghayati Bulan Kemerdekaan 2016"
No comments:
Post a Comment