Tarikh : 15-20 September 2016
Kem Pengakap Tengku
Muhammad lsmail,
Telaga Batin
Kuala Terengganu, Terengganu 21300 Malaysia
Tema:
“Cultural and Heritage Diversity”
Kepelbagaian Budaya dan Warisan.
Aktiviti:
1. Aktiviti Kebudayaan
2. Permainan Tradisional
3. Persembahan Tradisional
4. Pakaian Tradisional
5.Demonstrasi Makanan Tradisional
6.Kraf tangan
7.Youth Forum
9 orang peserta dari SKKFST yang mewakili Setiu.
Antara
tujuan utama penubuhan Asean ialah untuk membentuk hubungan yang erat antara
negara-negara Asean terutamanya dalam bidang social budaya. Ianya boleh
direalisasikan dalam kepengakapan yang memang telah terjalin persahabatan dan
persaudaraannya yang tidak mengenal batas sempadan. Kekayaan seni dan budaya
pengakap merupakan warisan yang amat berharga, ianya juga mewakili berbagai
bangsa dan negara. sehingga boleh berlaku pertukaran seni dan budaya antara
ahli-ahli pengakap. Ini bukan sahaja penting untuk ahli pengakap malah mampu
memartabatkan seni dan budaya Malaysia dan seterusnya merangsang sektor pelancongan negara. Perlu juga difahami bahawa mengenal seni dan budaya bererti kita mengenal sesuatu bangsa.
Objektif:
Objektif penganjuran Jambori Pengakap ASEAN:
- Mempromosikan kepelbagaian kebudayaan serta seni warisan.
- Mewujudkan masyarakat yang cintakan kepada kepelbagaian kebudayaan serta seni warisan.
- Mendidik generasi muda agar memelihara kepelbagaian kebudayaan serta seni warisan yang mana telah mencorakkan sesuatu negara.
Tahniah & Syabas diucapkan kerana telah terpilih mewakili Setiu untuk menghadiri perkhemahan terbesar ASEAN ini.
Diharapkan aktiviti ini mampu menonjol kemampuan dan peranan pengakap ini di peringkat global dan boleh memberi kenangan indah dan menyeronokkan dan seterusnya mencapai matlamat visi dan misi Persekutuan Pengakap Malaysia.
No comments:
Post a Comment