Program mentor mentee adalah satu aktiviti di bawah Pelaksanaan Guru
Penyayang. Penyayang membawa maksud perbuatan atau perlakuan menyayangi,
mengasihi dan bersifat belas kasihan serta menghormati orang lain. Ini
bermaksud Guru Penyayang adalah seorang yang memiliki sifat kepedulian
terhadap perkara yang berkaitan dengan muridnya dengan mengamalkan nilai
kasih saying, bersikap mesra, mengambil berat, berbudi bahasa, saling
menghormati, sentiasa ceria, prihatin dan sabra. Membudayakan amalan
penyayang merupakan sifat professional guru dalam perhubungannya dengan
murid ibubapa, komuniti dan masyarakat.
PELANCARAN TELAH DIBUAT PADA 12 FEBRUARI 2017 ( AHAD ) DENGAN MENYERAHKAN MODUL MENTOR MENTEE KEPADA GURU-GURU.
No comments:
Post a Comment