Alhamdulillah selesai sudah Majlis Iftar yang telah diadakan pada semalam 6 Jun 2018 anjuran Panitia Agama Islam. Majlis ini bertempat di kantin sekolah dan dihadiri oleh warga sekolah dan juga jemputan-jemputan vip yang dijemput.Majlis bermula seawal pukul 6 petang dengan persiapan juadah berbuka. Sementara menunggu waktu berbuka, majlis tahlil yang diketuai oleh En. Abdul Aziz bin Salam ( Naib YDP PIBG ) telah diadakan.
Pihak sekolah, Jawatankuasa PIBG dan Kelab Guru & Kakitangan SKKFST mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua tetamu yang
hadir bagi meraikan majlis yang telah diadakan sempena bulan Ramadhan
ini.
No comments:
Post a Comment