15 Ogos - Bertempat di Kantin sekolah, telah
berlangsung Minggu Sihat Doktor Muda yang dikendalikan sepenuhnya oleh
Kelab Doktor Muda SKKFST 2018.
Acara bermula seawal jam 8.00 pagi dengan bacaan Perutusan Menteri
Kesihatan Malaysia yang disampaikan oleh Doktor Muda Nur Anis Sofiya bt Yusaimmi dan Doktor Muda Wan Insyirah Sakina bt Wan Izimi, diikuti dengan slot Penerangan tentang wabak penyakit dan cara menjaga kesihatan oleh Cikgu Yuzrida bt Awang selaku Guru Penyelaras Kelab Doktor Muda.
Acara diakhiri dengan memberikan semua murid 'hand sanitizer' sebagai langkah pertama dalam menjaga kesihatan diri. Tahniah Kelab Doktor Muda SKKFST.
No comments:
Post a Comment