Sambutan hari kebangsaan di peringkat sekolah diadakan bagi memupuk rasa cintakan tanah air serta kesedaran tentang hari
kemerdekaan dalam kalangan murid. SKKFST telah menyambut Hari Kebangsaan yang ke-61 pada 30 Ogos 2018 yang lalu memandangkan 31 Ogos adalah hari cuti. Sambutan pada tahun ini sangat meriah kerana telah mendapat sambutan tinggi daripada semua murid serta ibu bapa.
Sebelum sambutan pelbagai pertandingan telah diadakan seperti mewarna poster bagi tahap 1, mencipta poster bagi tahap 2 dan menghias basikal bertemakan hari Kebangsaan.
Aktiviti yang dijalankan sebelum sambutan hari Kebangsaan.
Gimik pelancaran yang telah disempurnakan oleh Tuan Guru Besar, En. Zainuddin bin Dollah.
Acara bermula jam 9.00 pagi dengan nyanyian lagu Negaraku dan lagu-lagu patriotik dan lagu Tema 2018.
Pertandingan pakaian beragam bertemakan bendera Malaysia. Inilah wajah-wajah anak merdeka yang bakal memimpin Negara satu hari nanti.
Majlis tamat pada pukul 1.00 tengah hari
dengan nyanyian lagu Jalur Gemilang dan jamuan ringan. Sambutan kali ini sungguh meriah dan bersemangat.
No comments:
Post a Comment