Program mentor
mentee merupakan satu proses interaksi antara guru dan murid melibatkan
tindakan seperti membimbing, menyokong dan memberi nasihat. Mentor bukan sahaja
menitikberatkan individu (mentee) dan perhubungan psikologi menteenya, tetapi
juga membimbing, memberi penghargaan, kasih sayang dan mengasah
kemahiran-kemahiran lain seperti membuat keputusan, menghadapi masalah atau
mengatasi tekanan dan berusaha membimbing menteenya menjadi individu yang berguna
kepada masyarakat dan negara.
Sehubungan itu, SKKFST telah melancarkan program mentor mentee dan amalan guru penyayang di bawah pengelolaan Unit HEM pada ahad yang lalu.
Melalui program ini diharapkan dapat mewujudkan semangat kekeluargaan yang kukuh dan saling hormat menghormati antara mentor dan mentee. Sekaligus dapat membina keyakinan diri dalam menghadapi masalah, hasil daripada bimbingan dan sentuhan mentor yang sentiasa mengambil berat 'caring' terhadap kebajikan mentee.
No comments:
Post a Comment