Di ambang Ramadhan........
" Ya Allah , berkatilah kami pada
bulan Rejab dan Syaaban
dan sampaikanlah kami
ke bulan Ramadhan.. "
( Riwayat Ahmad dan at-Tabrani , daripada Anas )
PROGRAM IHYA RAMADHAN
01. PENDAHULUAN
Sesungguhnya
bulan Ramadhan merupakan bulan yang sentiasa dinantikan kerana ia
dipenuhi dengan keberkatan dan kerahmatan. Umat Islam seharusnya
menerima kehadiran Ramadhan dengan penuh kegembiraan dan berusaha
merebut segala ganjaran yang dijanjikan kepada hamba-Nya yang berpuasa
dan melakukan amalan soleh. Ibadah puasa yang telah difardhukan ini
mengandungi pelbagai rahsia dan hikmah yang perlu diketahui agar kita
berupaya menghayati dan melaksanakannya dengan penuh keikhlasan.
Ceramah Ambang Ramadhan telah disampaikan oleh Ustaz Rasidi bin Mat Salleh
In Shaa Allah, sepanjang bulan Ramadhan nanti, Panitia Pendidikan Islam
telah merancangkan beberapa aktiviti-aktiviti untuk kebaikan bersama.
Diharapkan tuan-tuan/puan-puan dapat meluangkan masa untuk merealisasikan
bersama. Antara aktiviti-aktiviti adalah seperti berikut:
1. Tazkirah Pagi
2. Tadarus Surah Pilihan ( ikut kumpulan yang telah diberi )
3. Tayangan Islamik
4. Solat Dhuha
5. Tabung Infaq Ramadhan
6. Kempen Ibtisam & Salam
7. Iftar Jama'i
8. Khatam Al-Quran
Semua program di atas akan dijalankan dari 6 Mei - 23 Mei 2019 bersamaan 1Ramadhan - 18 Ramadhan
No comments:
Post a Comment