Pada 17 Jun 2019 - Program gosok gigi dengan kerjasama Klinik Kesihatan Sri Langkap bersama pasukan doktor muda SK First telah dijalankan. Program ini merupakan salah satu program sekolah
yang bertujuan untuk menyedarkan murid-murid akan kepentingan menjaga
kebersihan gigi. Program ini telah lama diwujudkan di sekolah ini.
Hasilnya dapat dilihat setelah pemeriksaan doktor gigi yang datang ke
sekolah telah menunjukkan peratus kerosakan gigi di kalangan pelajar
sekolah ini semakin berkurangan.
No comments:
Post a Comment