...SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI SK KAMPUNG FIKRI SUNGAI TONG (SKK) 21500 SETIU TERENGGANU...~~~BERSATU..SETIA..BERJASA~~~
“Dalam hidup ini adakalanya kita perlu menangis, agar kita sedar hidup ini bukan hanya untuk bergembira & berketawa, adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menghargai nilai setitis air mata, kalau kita tidak merasa kesulitan hari ini, kita tidak akan rasai kemanisan kemudian hari, tidak salah untuk sesekali kita perlu DERITA untuk mengenal erti BAHAGIA...sesekali kita perlu KECEWA untuk kita kenal erti KEJAYAAN...sesekali kita perlu MENANGIS untuk kita syukuri NIKMAT yang diberi...sesekali kita perlu TERHIRIS untuk kita kenal DIRI SENDIRI...."

Wednesday, 7 August 2019

TEMU MURNI KALI KE-2 & SOLAT HAJAT UPSR 2019

Rabu - 7 Ogos 2019 Unit Kurikulum dengan kerjasama  Unit UPSR telah mengadakan Majlis Temu Murni Kali Ke-2 Dan Solat Hajat  bagi murid-murid Tahun 6 menghadapi peperiksaan UPSR pada 4-12 September 2019 akan datang. Majlis hanya diadakan di Kantin Sekolah yang diimamkan oleh Ustaz Rasidi bin Mat Salleh. 
Majlis dimulakan pada jam 4.30 petang. Semua jemputan sempat solat asar berjemaah sebelum Majlis Temu Murni diadakan di Makmal Komputer.
 Bacaan doa dipimpin oleh Ustaz Rasidi bin Mat Salleh.
 Ucapan alu-aluan daripada Sir Wan Izimi.
Objektif Program
-    Melahirkan kesedaran murid agar sentiasa berserah dan memohon kepada Allah setelah melakukan pelbagai usaha dan ikhtiar
-       Menyedarkan ibu bapa mengenai peranan ibu bapa dalam kejayaan anak.
-      Berkongsi mengenai ilmu keibubapaan khususnya dalam amalan-amalan yang dapat  membantu pembelajaran anak.
-    Merapatkan hubungan silaturrahim antara ibu bapa dengan guru.

 
Selesai Solat Hajat dan Solat Isyak berjemaah para jemputan diraikan dalam satu jamuan ringkas untuk merapatkan lagi silatulrahim. Majlis tamat lebih kurang jam 9.30 malam dan Secara keseluruhannya, majlis ini telah berjalan lancar seperti yang dirancang. Ribuan terima kasih kepada semua ibu bapa yang hadir menjayakan lagi majlis ini. Semoga kejayaan akan mengiringi anak-anak kita dalam peperiksaan UPSR nanti.

No comments:

Post a Comment