"Pencetus Kreativiti Penjana Inovasi"
Tema rasmi Hari Guru 2014 adalah Guru
Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi. Tema itu telah dipersetujui oleh
Menteri Pendidikan Malaysia sebagai tema sambutan Hari Guru kali ke 43.
Untuk info, tarikh Hari Guru di Malaysia jatuh pada 16 Mei 2014.
Sambutan hari guru pada 16 Mei setiap tahun adalah sebagai penghargaan
terhadap jasa warga pendidik.
Maksud Definisi Tema Hari Guru 2014
Guru:
Kata guru merangkumi semua warga pendidik yang menyumbang khidmat bakti
dalam semua bentuk institusi pendidikan yang menjadi penggerak serta
pendukung kepada pembangunan pendidikan negara.
Pencetus:
Merujuk kepada maksud peranan untuk menimbulkan sesuatu ilham/ idea
atau mengeluarkan sesuatu seperti ilmu. Guru bertindak sebagai pencetus
idea kepada kreativiti dalam usaha melahirkan generasi intelek.
Kreativiti:
Didefinisikan sebagai penghasilan idea, kebolehan untuk mencipta atau
proses pemikiran yang mendorang dalam pencetusan idea baru dan berdaya
kreatif.
Penjana: Merujuk maksud guru sebagai penggerak atau perantara yang paling penting dalam proses transformasi ke arah keberhasilan
Inovasi:
Didefinisikan sebagai pengaplikasian kreativiti, pembaharuan,
modifikasi, kaedah dan sistem bagi penghasilan sesuatu produk baru dan
perkhidmatan yang lebih baik dan bermakna.
No comments:
Post a Comment