...SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI SK KAMPUNG FIKRI SUNGAI TONG (SKK) 21500 SETIU TERENGGANU...~~~BERSATU..SETIA..BERJASA~~~
“Dalam hidup ini adakalanya kita perlu menangis, agar kita sedar hidup ini bukan hanya untuk bergembira & berketawa, adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menghargai nilai setitis air mata, kalau kita tidak merasa kesulitan hari ini, kita tidak akan rasai kemanisan kemudian hari, tidak salah untuk sesekali kita perlu DERITA untuk mengenal erti BAHAGIA...sesekali kita perlu KECEWA untuk kita kenal erti KEJAYAAN...sesekali kita perlu MENANGIS untuk kita syukuri NIKMAT yang diberi...sesekali kita perlu TERHIRIS untuk kita kenal DIRI SENDIRI...."

Sunday 18 May 2014

LAWATAN PENANDA ARAS DARI SK BUKIT PANAU

Alhamdulillah pada 17 Mei lalu SKKFST telah menerima tetamu lagi seramai 60 orang yang terdiri daripada guru dan pekerja dari SK Bukit Panau, Tanah Merah yang sampai sekitar jam 10.30 pagi seperti yang dijanjikan. Harap semua tetamu mendapat maklumat dan berkongsi ilmu yang ada. Keramahan mereka lebih memesrakan hubungan dan majlis berjalan lancar.Pihak pengurusan SKKFST mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kerana sudi datang ke sekolah kami.Apa yang diharapkan adalah semoga hubungan yang dijalinkan ini akan berterusan demi mencapai hasrat pendidikan Negara.
Dua pemimpin yang berwibawa ( kiri GB SK Bukit Panau, kanan GB SKKFST )
Menyambut tetamu yang hadir dengan senyuman dan salam mesra
Menikmati sedikit kudapan sambil menandatangani buku pelawat
Sekitar lawatan di kawasan sekolah
Pertukaran cenderamata antara sekolah oleh GB dan PK Pentadbiran





No comments:

Post a Comment