16 Mei 2015 ( sabtu ) – Sempena Hari Guru semalam Kerajaan Negeri Terengganu telah mengadakan Gotong Royong Perdana Peringkat Negeri Terengganu bertemakan Transformasi Terengganu Terbersih : Masyarakat Sejahtera yang melibatkan semua guru, murid, kakitangan serta warga sekolah diseluruh negeri Terengganu. Acara tersebut yang bermula pada jam 8.15 pagi dimulakan dengan para guru dan murid berhimpun di dataran perhimpunan bagi mendengar sedikit taklimat berkaitan dengan gotong-royong yang telah disampaikan oleh penyelaras unit kebersihan dan keceriaan.
Selepas taklimat, para hadirin mula bergerak ke kawasan kerja masing-masing, di mana semua guru dan kakitangan dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang akan membersihkan dan menceriakan zon yang telah diperuntukkan kepada kumpulan masing-masing.
Aktiviti gotong royong ini selesai pada pukul 10.00 pagi. Diharapkan agar para murid akan terus memastikan kebersihan dan keceriaan bilik darjah masing-masing berkekalan agar sesi pembelajaran akan dapat dijalankan dalam keadaan yang selesa.
Gotong Royong Perdana Sekolah-sekolah Negeri Terengganu ini bertemakan Transformasi Terengganu Terbersih : Sekolah Terbersih.
Pihak pengutrusan SKKFST mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua
guru dan kakitangan serta warga SKKFST yang telah hadir memeriahkan Gotong-Royong
Perdana 2015, juga kepada murid-murid yang turut menyumbangkan masa dan
tenaga.
" TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA ENTRY SAYA "
No comments:
Post a Comment