Isnin- 11 Mei 2015, Alhamdulillah Kem Bestari Solat bagi murid-murid
tahap 1 telah dapat dilaksanakan dengan baiknya. Dengan kehadiran 55
orang murid dari tahun satu hingga tahun 3 serta 5 orang guru yang bertindak sebagai
fasilitator.
Pendahuluan
Kem Bestari Solat adalah aktiviti yang dilaksanakan untuk memastikan murid-murid dapat menunaikan solat dengan sempurna dari segi bacaan dan perbuatan. Aktiviti ini dilaksanakan secara intensif di satu tempat khas mengikut kesesuaian sesebuah sekolah.
Objektif
Taklimat ringkas daripada ketua program
Pendahuluan
Kem Bestari Solat adalah aktiviti yang dilaksanakan untuk memastikan murid-murid dapat menunaikan solat dengan sempurna dari segi bacaan dan perbuatan. Aktiviti ini dilaksanakan secara intensif di satu tempat khas mengikut kesesuaian sesebuah sekolah.
Makan tengahari disediakan oleh pihak sekolah
Objektif
- Murid dapat mengetahui cara-cara berwuduk.
- Murid dapat berwuduk dengan sempurna.
- Murid-murid dapat mengetahui cara-cara menunaikan solat dari segi bacaan dan perbuatan.
- Murid dapat membaca dengan betul dan lancar bacaan dalam solat.
- Murid dapat menunaikan solat secara individu dan jemaah.
Kumpulan Sasaran
Semua murid Tahap 1
Tentatif Pelaksanaan
-Tayangan video wuduk dan solat
-Penerangan Anggota, niat dan cara berwuduk
-Amali wuduk
-Niat Solat dan bacaan solat
Tayangan video dan menguji kebolehan murid membaca bacaan dalam solat
Amali wuduk mengikut kumpulan bersama fasilitator yang dilantik
Dalam slot Amali Solat,murid-murid tahap 1 telah dilatih menunaikan solat secara berjemaah. Ini bertujuan untuk melatih murid-murid dapat
melaksanakan solat dengan sempurna pada masa akan datang.
Akhir kalam...terima kasih daun keladi,
kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak, sepanjang
berlangsungnya KBS bagi Tahap 1..
bUNgA kEMboJA pUTIH BeRSeri
pUtihnYa MelUR DihUjung DaHan
Atas KeRJasamA dAN bANtUAN yANg dibeRI
pUJi SYukuR DAN tErImA KaSIh kaMI UcaPkan
Kalau MeNjEmuR pApAN pANJANG
bAiK dISuSUN tEgAK bERdiRI
kAlAULah Ada uMur PanJang
Insya-Allah KiTa BeRTeMU laGi
" TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA ENTRY SAYA "
No comments:
Post a Comment