Pada 15 Jun 2015, Majlis Dialog Prestasi UPSR Bersama Ibu Bapa / Penjaga Murid Tahun 6 2015 telah diadakan bertempat di Makmal Komputer SKKFST. Pendaftaran ibu bapa telah bermula
seawal jam 10.30 pagi. Sambutan yang diterima adalah menggalakkan seperti
tahun - tahun sebelumnya.
Pendaftaran ibu bapa di luar makmal turut dipantau oleh GB
Majlis dimulakan dengan bacaan doa yang dipimpin oleh Sir Wan Izimi bin Wan Md Zin
Ucapan tuan guru besar En.Zainuddin bin Dollah.Ini merupakan kali pertama GB berjumpa dan beramah mesra bersama ibu bapa / penjaga.
Ucapan tuan guru besar En.Zainuddin bin Dollah.Ini merupakan kali pertama GB berjumpa dan beramah mesra bersama ibu bapa / penjaga.
Majlis ini diadakan adalah bertujuan untuk mengagihkan prestasi murid-murid yang diedarkan kepada ibu bapa masing-masing serta memberi penerangan berkenaan dengan program UPSR yang akan
diadakan sepanjang tahun 2015. Selain itu majlis ini juga bertujuan
untuk merapatkan hubungan diantara guru dan ibubapa,penjaga tahun 6.
Program ini diharap dapat meningkatkan potensi murid dan dapat
meningkatkan prestasi kecemerlangan diri dan sekolah. Program ini
diakhiri dengan sesi soal jawab diantara guru dan para ibubapa, penjaga.
Pembentangan prestasi para murid oleh Pn.Rosliwati bt Sidik Ahmad selaku GPK 1 merangkap Guru yang mengajar tahun 6
Dalam majlis tersebut juga para murid yang telah menunjukkan prestasi cemerlang dalam peperiksaan TOV dan OTI 1telah menerima habuan masing-masing yang merupakan penghargaan daripada pihak sekolah.Semoga terus maju dimasa hadapan.
Penyerahan keputusan peperiksaan murid tahun 6 kepada penjaga masing-masing
Majlis diakhiri dengan sedikit jamuan makan tengahari yang berakhir jam 1.30 petang untuk ibu bapa / penjaga.
Komitmen
yang diberikan oleh ibu bapa amatlah dihargai. Ribuan terima kasih
diucapkan kepada ibu bapa yang sudi meluangkan masa untuk menghadiri
program temu murni ini. Semoga para murid SKKFST akan
terus berjaya dan mengorak langkah mencipta kejayaan.
" terima kasih atas komitmen 100% ibu bapa kerana menjayakan program yang diadakan "
No comments:
Post a Comment