Program Tadarus Al-Quran ini menjadi acara tahunan sekolah setiap kali menjelangnya Ramadhan.Pada tahun ini sedikit kelainan dibuat yang mana guru-guru menjadi mentor kepada murid-murid yang boleh membaca Al-Quran.Kumpulan-kumpulan kecil yang telah dibahagikan akan bertadarus dibeberapa tempat seperti kantin sekolah,makmal komputer dan bilik pemulihan.
Semoga usaha murni Unit Surau Dan Kerohanian ini akan mendapat keberkatan dan keredhaan daripada ALLAH TAALA.
OBJEKTIF
1.Menimbulkan kesedaran di kalangan murid tentang
kepentingan menghidupkan bulan Ramadhan dengan Al-Quran
.2. Memantapkan kemahiran membaca Al-Quran di kalangan murid.
3. Membudayakan Al-Quran dalam jiwa murid.
4. Mewujudkan jalinan silaturrahim di antara murid dan guru.
" Sesungguhnya Quran ini memberi petunjuk kepada jalan yang paling benar “.
No comments:
Post a Comment