Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak-Anak Yatim Tahun 4 & 5 Daerah Setiu telah diadakan dengan jayanya pada 06 Julai 2015 (Isnin) bertempat di Dewan Utama University College Bestari,Setiu. Majlis ini telah dirasmikan oleh YB Dato' Sabri bin Mohd Noor, Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Langkap.
Majlis ini adalah untuk memberi sumbangan kepada golongan yang kurang bernasib baik yang terdiri daripada anak-anak yatim dan miskin di samping mendekatkan pemimpin dengan masyarakat yang kurang berkemampuan. Ia juga merupakan satu wadah untuk mengeratkan lagi silaturrahim.
" “Sesiapa yang memelihara anak yatim diantara kaum mislimin, untuk memberi makan dan minum, maka pastinya Allah SWT akan memasukkannya kedalam syurga kecuali jika dia telah berbuat dosa yang tidak dapat diampunkan”. "
No comments:
Post a Comment