Setiap kali tiba 16 Mei
kita akan memperingati Hari Guru. Hari guru diperingati untuk
mengenang jasa dan pengorbanan warga pendidik khususnya. Ada macam-macam cara
dilakukan untuk menunjukkan ekspressi penghargaan kepada guru. Beri ucapan
melalui ucapan, kiriman SMS dan kini lebih popular melalui media sosial seperti
facebook, tweeter, instagram dan whatsapp.Sambutan Hari Guru peringkat Kebangsaan pada tahun ini akan diadakan di Educity Sports Complex, Iskandar Puteri Johor Darul Takzim.
TEMA SAMBUTAN HARI GURU KALI KE-46 TAHUN 2017...
|
||
Tema
- Guru : Pembina Negara Bangsa
Definisi Guru: Pengajar, pendidik atau pembimbing yang menyumbang khidmat bakti dalam semua bentuk institusi pendidikan yang menjadi penggerak serta pendukung kepada pembangunan pendidikan negara. Guru merupakan insan yang berpengetahuan luas, berkemahiran tinggi dalam bidangnya dan mempunyai keperibadian terpuji serta berupaya menjadikan diri mereka sebagai suri teladan. Pembina: Individu yang membangun, membina, mendirikan dan membentuk sesuatu untuk mencapai matlamat yang dihasratkan.
Dalam konteks pendidikan, guru
berperanan sebagai individu yang membina dan membentuk kualiti individu
murid/pelajar dalam aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek (kognitif) bagi
memenuhi aspirasi penididikan.
Negara Bangsa: Kumpulan manusia dalam satu ijatan ketatanegaraan yang mapan. Negara Bangsa dalam konteks ini bermatlamat untuk memastikan setiap pelajar memiliki jati diri yang kukuh, patriotik, berpegang teguh kepada ajaran agama dan nilai moral, hidup sebagai sebuah masyarakat yang penyayang, demokratik, liberal, bertolak ansur, berfikiran dan berbudaya saintifik serta bersatu padu. |
"Guru : Pembina Negara Bangsa"
No comments:
Post a Comment