...SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI SK KAMPUNG FIKRI SUNGAI TONG (SKK) 21500 SETIU TERENGGANU...~~~BERSATU..SETIA..BERJASA~~~
“Dalam hidup ini adakalanya kita perlu menangis, agar kita sedar hidup ini bukan hanya untuk bergembira & berketawa, adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menghargai nilai setitis air mata, kalau kita tidak merasa kesulitan hari ini, kita tidak akan rasai kemanisan kemudian hari, tidak salah untuk sesekali kita perlu DERITA untuk mengenal erti BAHAGIA...sesekali kita perlu KECEWA untuk kita kenal erti KEJAYAAN...sesekali kita perlu MENANGIS untuk kita syukuri NIKMAT yang diberi...sesekali kita perlu TERHIRIS untuk kita kenal DIRI SENDIRI...."

Wednesday, 17 May 2017

Selamat Menduduki Peperiksaan Pertengahan Tahun 2017

Image result for minggu peperiksaan 
 21 - 24 Mei 2017 - Minggu Peperiksaan
Dengan Lafaz Bismillah mengharap pertolongan dan keredhaan Allah.  Dikesempatan ini, warga SKKFST mengucapkan "Selamat menjawab soalan peperiksaan dengan tenang buat semua murid. Sedikit petua untuk diamalkan,  Insya Allah  sdikit sebanyk dapat membantu semua pelajar.
 1- Jangan tinggalkan doa  dan solat hajat
Kadang-kadang kita terlupa untuk berdoa dalam kesibukan kita berusaha. Kadangkala waktu-waktu mustajab doa pun kita tidak berapa peka. Contohnya selepas solat 5 waktu. Kalau boleh, lazimkan diri berdoa secara khusus untuk pelajaran dan untuk imtihan. Bukan hanya ketika hampir imtihan sahaja, tetapi setiap hari. Khususnya sebelum memulakan kuliah  atau pelajaran di kelas. Juga jangan lupa untuk solat hajat khusus untuk imtihan yang akan kita tempuh.
2- Bersedekah
Antara keberkatan bersedekah adalah diluaskan rezeki oleh Allah SWT. Rezeki bukan berupa harta semata-mata, tetapi juga berupa kejayaan dalam pelajaran. Justeru, biasakan diri bersedekah sekurang-kurangnya pada hari Jumaat bagi meraih keberkatan tersebut.
4- Hafal '' mana yang patut ''
Jangan bebankan otak kita untuk menghafal perkara-perkara yang ''tidak patut'', sebaliknya kenal pasti apa yang patut dihafal dan mana yang tidak. Adakala, sesetengah subjek memerlukan lebih kepada kefahaman berbanding menghafal. Sebaliknya ada juga subjek yang memerlukan lebih kepada hafalan , contohnya takrif-takrif istilah atau dalil-dalil. Jika kita tidak bijak membezakan kedua perkara tersebut, dikhuatiri otak kita cepat penat seterusnya mengurangkan kualiti pembelajaran kita dan menyebabkan otak blurr .
5- Buat nota
Sebenarnya ada benefit tertentu kepada orang-orang yang gemar menulis. Perhatikan, ada orang kerjanya memang suka menulis, manakala ada orang lebih suka mendengar. Orang yang suka menulis akan menulis apa sahaja yang dia dengar atau maklumat yang dia dapat, tetapi sesetengah orang tidak begitu. Kalau dilihat dari sudut kaedah menghafaz Al-Quran, kaedah menulis (tahriri ) ini sebenarnya sangat membantu ingatan seseorang penghafaz Al-Quran. Begitu juga dengan madah / subjek, jika kita seorang yang rajin membuat nota , meskipun kita tidak menghafal secara langsung, tetapi menulis nota itu sendiri sebenarnya merupakan satu proses hafalan secara tidak langsung kepada kita.
6- Study smart
Sememangnya cara belajar akhir waktu atau last minute bukanlah cara yang baik untuk dipraktikkan. Sebaiknya, kita telah mempunyai jadual ulangkaji yang konsisten dari awal lagi. Justeru, bila hampir ke tarikh imtihan, kita tidak perlu kalut untuk mengulangkaji kesemua bab secara 'terdesak'.
9- Doa  guru
Antara punca keberkatan adalah keredhaan dari guru yang mengajar. Meskipun kita tidak rapat dengan pensyarah , sekurang-kurangnya jangan tinggalkan mereka dalam setiap doa kita. Mintalah pada Allah supaya guru kita tersebut diberikan kesihatan serta kebaikan yang berpanjangan. InsyaAllah, ilmu yang kita dapat akan diberkati dan proses kita dalam menghadapi imtihan juga akan dipermudahkan oleh Allah.
10- Minta doa dari ibu bapa
Mintalah restu dari kedua ibu bapa kita dan minta mereka doakan kita supaya dipermudahkan dalam menempuhi peperiksaan. Semoga redha dari kedua mereka akan memudahkan proses pembelajaran kita dan memberi kelapangan kepada hati kita untuk menduduki imtihan yang akan datang.


DOA KETIKA MENGHADAPI KESUKARAN, KESEDIHAN dan KEMALASAN

اللَّهُمَّ إنِّي أعُوذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَ الْحَزَنِ ، وَ الْعَجْزِ وَ الْكَسَلِ ، وَ الْبُخْلِ وَ الْجُبْنِ ، وَ ضَلَعِ الدِّيْنِ وَ غَلَبَةِ الرِّجَالِ
Aku berlindung pada-Mu ya Allah dari rasa sedih dan gelisah, dan aku berlindung pada-Mu dari kelemahan dan kemalasan, dan aku berlindung pada-Mu dari sikap pengecut dan bakhil, dan aku berlindung pada-Mu dari cengkaman hutang dan penindasan orang.

Akhirul kalam, selamat menghadapi peperiksaan.....jangan berputus asa walau apapun keputusannya nanti..semuanya TARBIAH dari Allah..wallahualam...(^_^)

No comments:

Post a Comment