TARIKH : 6-10 JULAI 2018
HARI : JUMAAT - SELASA
TEMPAT : KEM PENGAKAP TENGKU MUHAMMAD ISMAIL,TELAGA BATIN,
KUALA NERUS
Korobori Pengakap Kebangsaan 2018 yang menghimpunkan kira-kira 7,000
pengakap kanak-kanak seluruh negara disempurnakan perasmiannya oleh Yang
Di-Pertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail Sultan Mizan Zainal
Abidin di sini hari ini. Seramai 10 orang pengakap SKKFST juga turut serta mewakili Negeri Terengganu dalam Korobori itu.
Terengganu yang menghantar kontinjen paling ramai iaitu lebih 2,000
peserta daripada keseluruhan lebih 7,000 peserta menyapu bersih tiga
kategori yang dipertandingkan dalam program yang diadakan selama lima
hari bermula Jumaat lalu.
Kategori pertama yang dimenangi kontinjen pengakap Terengganu adalah
dalam acara Kem Kraf Perkhemahan yang diwakili pasukan Persekutuan
Pengakap Malaysia (PPM) daerah Setiu, manakala tempat kedua dan ketiga
masing-masing dimenangi kontinjen Johor dan Pahang.
Bagi kategori Ikatan dan Simpulan, kontinjen Terengganu yang juga diwakili PPM daerah Setiu dinobatkan sebagai juara menewaskan kontinjen pengakap Kuala Lumpur yang muncul naib juara, manakala tempat ketiga disandang kontinjen pengakap Pulau Pinang.
Kontinjen Terengganu juga meraih tempat pertama bagi kategori Kebudayaan apabila PPM daerah Kemaman berjaya menundukkan kontinjen pengakap Kuala Lumpur yang terpaksa akur di tempat kedua dan ketiga oleh kontinjen pengakap Perak. ( copy from : Utusan Edisi Terengganu )

Diharapkan segala aktiviti dan program menarik yang disusun oleh pihak urusetia
sepanjang program banyak memberi manfaat kepada para peserta untuk
untuk dijadikan panduan dan pengalaman yang berharga.
No comments:
Post a Comment