KUALA TERENGGANU 5 JULAI - Unit pemakanan Pejabat Kesihatan Daerah Setiu telah menganjurkan program kembara pasar raya sihat yang melibatkan murid sekolah rendah yang dilihat sebagai obesiti.
Kembara ini melibatkan aktiviti jelajah ke seksyen makanan di
dalam pasar raya tersebut berdasarkan struktur piramid makanan Malaysia.
Lima seksyen terlibat adalah beras, buah dan sayur, ikan, susu dan
minyak masak.
Murid-murid telah diberi penerangan mengenai keperluan
pemakanan, saiz hidangan, khasiat dan kebaikan serta pilihan yang lebih
bijak di setiap seksyen yang dilawati.
Alhamdulillah....selesai aktivti diharapkan peserta akan mempraktikkan ilmu yang dipelajari ke dalam keluarga dan untuk diri sendiri terutamanya.
No comments:
Post a Comment