SKKFST - Pada 7 Mac 2019 (Khamis), latihan kebakaran adalah aktiviti
tahunan SKKFST yang akan dilaksanakan 3 kali dalam setahun. Masa yang
di ambil oleh murid serta warga SKKFST untuk mengosongkan kawasan
sekolah untuk berkumpul di tempat berkumpul pada sesi latihan kebakaran kali
ini adalah lebih kurang 5 minit, catatan masa amat memuaskan kerana
semua murid dapat berkumpul di padang dengan cepat dan teratur. Tiada
kecederaan dilaporkan untuk sesi latihan kebakaran kali ini.
Ianya bertujuan mendidik murid-murid dan warga sekolah agar mengutamakan
keselamatan dengan mengambil tindakan yang betul sekiranya berlaku
kebakaran. Latihan ini perlu bagi mempersiapkan murid-murid dan warga
sekolah dengan pengetahuan dan tindakan serta langkah-langkah yang perlu
diambil sekiranya berlaku kecemasan atau kebakaran. Sememangnya sesuatu
bencana, kemalangan atau musibah boleh berlaku bila-bila masa tanpa
diduga. Justeru semua warga sekolah perlu memahami dengan jelas mengenai
langkah-langkah yang perlu di ambil sekiranya berlaku kebakaran atau
bencana alam serta dapat bertindak secara spontan.
Guru Penolong Kanan HEM, Cikgu Mohd Sabri bin Mohd berkata, latihan itu
bertujuan memberi pendedahan kepada warga sekolah tentang bahaya
kebakaran dan cara menyelamatkan diri ketika kebakaran serta pencegahan
kebakaran. Ketika sesi latihan berlangsung, ahli jawatankuasa latihan
akan memastikan semua murid telah berkumpul di tapak perhimpunan
latihan kebakaran ini juga dapat memberi
maklumat awal kaedah mengawal kebakaran dan memberi pendedahan kepada
warga sekolah tentang bahaya kebakaran.
No comments:
Post a Comment