Perhatian kepada para ibu bapa yang ingin mendaftarkan anak ke dalam sekolah Prasekolah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).
Anda boleh mula mendaftarkan anak ke dalam Prasekolah sesi 2020. Anda
perlulah membuat permohonan awal bagi mengelakkan anak anda tercicir
memasuki prasekolah.
Permohonan kemasukan murid ke Prasekolah KPM bagi
sesi persekolahan tahun 2020 akan dibuka mulai 1 Mac 2019 hingga 31 Mei
2019 melalui dua kaedah:
1. Permohonan secara atas talian boleh dibuat melalui https://eprasekolah.moe.gov.my mulai 1 Mac 2019 hingga 30 April 2019. Pemohon perlu:
a.muat turun dan fahami manual pengguna;
b.daftar pengguna dan simpan / cetak maklumat pengguna (katalaluan);
c.lengkapkan maklumat permohonan;
d.cetak borang permohonan yang telah lengkap diisi;
e.serah borang permohonan yang telah lengkap diisi serta dokumen yang diperlukan ke sekolah yang dipohon sebelum tarikh tutup
2. Permohonan manual boleh dibuat mulai 1 Mac 2019 hingga 31 Mei 2019. Pemohon perlu:
a.mengambil borang permohonan di sekolah yang dipohon
b.lengkapkan borang permohonan
c.sediakan dokumen yang diperlukan
d.hantar borang permohonan berserta dokumen yang berkaitan ke sekolah yang dipohon sebelum tarikh tutup
Syarat permohonan
1.Warganegara Malaysia
2.Kanak-kanak yang lahir antara 02.01.2014 – 15.01.2016
No comments:
Post a Comment