Akhirnya.....Emas yang selama ini ditunggu-tunggu oleh pasukan bola sepak diperingkat Zon Setiu Timur menjadi milik SKKFST. Perlawanan yang diadakan selama dua hari iaitu pada 23-24 April 2019 yang lalu bertempat di SK Seri Langkap telah menjadi saksi sang Juara.
Menurut jurulatih sudah hampir berbelas tahun pasukan tidak mendapat pingat dalam kejohanan ini.
Tahniah
dan Syabas kepada semua pemain dan jurulatih pasukan Bola sepak SKKFST kerana telah berjuang sehingga peringkat akhir, seterusnya melayakkan diri menjadi JOHAN pada tahun ini. Semoga
pencapaian ini menjadi perangsang untuk mencipta lebih banyak kejayaan.
No comments:
Post a Comment