Selesai - 17 - 19 APRIL 2019 - Aktiviti
perkhemahan merupakan aktiviti tahunan yang selalu diadakan di setiap sekolah.
Begitu juga dengan SKKFST di mana telah berlangsungnya
aktiviti perkhemahan tahunan dengan jayanya. Aktiviti perkhemahan ini telah berjalan dengan
lancarnya dari awal hingga akhir dengan disertai oleh 2 unit beruniform iaitu
Persatuan Pengakap dan Puteri Islam bersama guru penasihat masing-masing. Perkhemahan ini diadakan di
tapak perkhemahan SKKFST. Tujuan perkhemahan ini
diadakan ialah untuk memupuk semangat, disiplin serta jati diri yang kental
dikalangan murid. Selain daripada itu ia juga dapat mewujudkan murid yang
bersahsiah tinggi dan mempunyai daya kepimpinan yang menyerlah di samping dapat
memotivasikan murid ke arah kejayaan dan daya juang yang tinggi. Ia juga
dapat menyemai semangat setia kawan, kerjasama dan tanggungjawab sebagai
seorang murid yang berwawasan serta dapat mengeratkan hubungan mesra antara
guru dan murid. semua peserta dikehendaki mendaftarkan diri di kaunter
yang disediakan. Selesai pendaftaran, semua peserta diarah untuk berkumpul
mengikut kumpulan masing-masing di tapak perkhemahan sekolah. Taklimat diberikan oleh Cikgu Wan izimi bin Wan Md Zin selaku Kem Komandon Perkhemahan tahun ini mengenai etika dan peraturan serta pembahagian aktiviti sebelum memulakan
aktiviti perkhemahan ini.
Rabu ( 17 April 2019)
Bermula jam 2.00 petang, para peserta telah
mula mendaftarkan diri. Selesai pendaftaran, semua peserta diarah untuk
berkumpul mengikut kumpulan masing-masing di tapak perkhemahan SKKFST. Taklimat diberikan oleh kem komanden mengenai etika dan peraturan
serta pembahagian aktiviti sebelum memulakan aktiviti perkhemahan ini. Aktiviti
pertama yang dilakukan ialah mendirikan khemah bersama-sama
dengan guru penasihat masing-masing.
Pada pukul 4.00 petang, semua murid berkumpul
untuk minum petang dan mendirikan solat asar. Selepas itu aktiviti
mendirikan khemah dan persiapan tempat disambung semula sehingga jam 6.30 petang.
Aktiviti malam selesai solat isyak ialah aktiviti ikatan dan balutan serta pertolongan cemas (CPR). Penceramah dijemput dari Klinik Kesihatan Sungai Tong.
Khamis ( 18 April 2019)
Aktiviti pada hari kedua perkhemahan ialah pertandingan kawad kaki dan war cry.
Pada
sebelah petang aktiviti bermula pada pukul 2.30 petang, aktiviti yang berlangsung
ialah pertandingan memasak bertemakan 'rimba'. Setiap kumpulan dibekalkan dengan 2 ekor ikan bersama bahan-bahan yang diletakkan secara berpusat. Pertandingan memasak ini berlangsung selama 1 jam setengah, dan cukup
meriah dengan sorakan dan kata-kata semangat yang diberikan oleh guru-guru penasihat. Pertandingan memasak ini adalah bertemakan ikan. Aktiviti ini
berakhir lebih kurang pada pukul 3.30 petang. Selepas itu murid terus ke
khemah masing-masing dan mengambil minum petang serta bersiap untuk ke surau
bagi menunaikan solat Asar.
Selesai solat asar, murid menjalankan aktiviti sukan selama satu jam.
Selepas solat Isyak murid beredar
ke khemah masing-masing dan bersiap sedia untuk aktiviti
BBQ. Suasana pada malam itu sungguh meriah.
Jumaat (19 April 2019 )
Hari ini merupakan hari terakhir program
perkhemahan. Seperti biasa murid dikejutkan kira-kira jam 5.30 pagi untuk mandi
dan bersiap ke surau bagi menunaikan solat subuh berjemaah, seterusnya
mengikuti kuliah subuh. Pada jam 7.00 pagi diadakan pula senaman pagi
dikendali oleh guru yang bertugas. Selepas itu murid mengambil sarapan
pagi. Pada pukul 8.30 pagi, aktiviti terakhir yang dijalankan ialah Pertandingan
penarafan khemah terbaik.
Lebih kurang pada pukul 10.00 pagi murid
diarahkan oleh kem komander untuk berkumpul di kantin
kerana majlis penutupan rasmi akan berlansung. Majlis perasmian penutup
disempurnakan oleh Tuan Guru Besar SKKFST. Semua
murid berkumpul dengan pakaian unit uniform yang kemas dan lengkap. Majlis berakhir pada pukul 11.00 pagi. Selepas itu
para peserta perkhemahan di arahkan ke khemah masing-masing untuk menurunkan
khemah, membersihkan kawasan perkhemahan dan mengemas segala
alatan. Majlis bersurai pada pukul 11.30 pagi
Tahniah dan syabas diucapkan kepada warga FIRST kerana memberikan komitmen yang sangat tinggi sebelum, semasa dan selepas program dijalankan. In Shaa Allah..panjang umur jumpa lagi tahun hadapan.
No comments:
Post a Comment