...SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI SK KAMPUNG FIKRI SUNGAI TONG (SKK) 21500 SETIU TERENGGANU...~~~BERSATU..SETIA..BERJASA~~~
“Dalam hidup ini adakalanya kita perlu menangis, agar kita sedar hidup ini bukan hanya untuk bergembira & berketawa, adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menghargai nilai setitis air mata, kalau kita tidak merasa kesulitan hari ini, kita tidak akan rasai kemanisan kemudian hari, tidak salah untuk sesekali kita perlu DERITA untuk mengenal erti BAHAGIA...sesekali kita perlu KECEWA untuk kita kenal erti KEJAYAAN...sesekali kita perlu MENANGIS untuk kita syukuri NIKMAT yang diberi...sesekali kita perlu TERHIRIS untuk kita kenal DIRI SENDIRI...."

Wednesday 30 December 2015

SELAMAT TAHUN BARU!!!!

Image result for selamat tahun baru 2016


SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH SESI 2016

Kurang lagi 3 hari sesi persekolahan tahun 2016 akan bermula.Diharap semua murid telah bersedia daripada semua aspek.Kembali bersemangat bagi meneruskan persekolahan untuk mencapai pelbagai kejayaan.SELAMAT DATANG diucapkan kepada murid-murid TAHUN 1  & PRASEKOLAH dan SELAMAT KEMBALI  kepada murid-murid TAHUN 2 - TAHUN 6 .Kami Warga SKKFST berbesar hati dan sangat mengalu-alukan kedatangan kalian semua.
Adalah diharapkan, 2016 bakal membawa satu titik perubahan yang besar di bumi SKKFST  tercinta. Seperti kata pepatah “Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah / bermula di bawah tapak kaki seseorang.”
Kita kembali ke sekolah untuk sesi 2016 dengan penuh keazaman menempah kecemerlangan dunia dan akhirat.
 Ucapan selamat kembali ke sekolah juga ditujukan kepada semua warga guru, pentadbir, staf, murid dan juga ibu bapa/ penjaga SKKFST.

Tuesday 29 December 2015

HARI SUAIKENAL DAN TAKLIMAT MURID PRA SEKOLAH

30 Dis 2015
Rabu
Prasekolah Adwan SK Kampung Fikri ( Sg Tong )

Ojektif Program : 
1. Mendedahkan bakal murid-murid prasekolah kepada suasana pembelajran sebenar 
2. Memberi penerangan kepada ibu bapa / penjaga mengenai hal ehwal prasekolah yang perlu mereka ketahui.

AM
1.
 

Monday 28 December 2015

KURSUS DALAMAN (LADAP) BAGI DSKP MATA PELAJARAN TAHUN 6 KSSR 2015

28 - 30 DIS 2015 
Kursus Dalaman Peringkat Sekolah bagi mata pelajaran Tahun 6 KSSR telah diadakan bertempat di makmal komputer SKKFST dengan kehadiran 100% guru.Program ini bertujuan untuk menyebarkan serta berkongsi maklumat dengan semua warga sekolah agar dapat difahami dengan harapan proses PdP Tahun 6 KSSR pada tahun 2016 berjalan lancar.Program telah  berlangsung dengan jayanya dan setiap guru lebih memahami konsep KSSR yang dimaksudkan.Semoga program ini banyak memberi manfaat baru kepada setiap guru. Terima kasih kepada semua guru yang sudi hadir.

Sunday 27 December 2015

PERSIAPAN MINGGU AKHIR

 Surirumah, Hafiza Baharom, 36 tahun membantu anaknya, Hazrin Shah, 11 tahun mencuba baju sekolah ketika membuat persiapan akhir menjelang pembukaan sesi baru persekolahan 2016 awal Januari tidak lama lagi. foto SAFWAN MANSOR. 24 DISEMBER 2015
gambar hiasan sahaja
Kurang seminggu lagi sesi persekolahan 2016 akan bermula dan ibu bapa juga sudah mula sibuk menyediakan kelengkapan persekolahan anak mereka.Ramai ibu bapa yang sedang berbelanja untuk keperluan sekolah anak-anak mereka di saat-saat akhir.Namun bukan semua barang keperluan persekolahan perlu dibeli baharu kerana ramai ibu bapa memilih berbelanja secara berhemah selain bijak dalam membuat perancangan perbelanjaan mereka.

 Assalamualaikum..... Hari ini admin ingin memberi tips dalam berbelanja secara berhemah.....
Krisis harga barang menyebabkan ramai yang gagal dalam menguruskan kewangan sehingga berlaku pelbagai krisis terutamanya krisis rumah tangga. Bagi mengelakkan situasi ini daripada berlaku, terdapat beberapa tips yang boleh dijadikan amalan :
1. Ubah gaya hidup, Jika dulu gemar membeli barang import, sekarang gunalah produk tempatan. Produk tempatan bukan sahaja lebih murah malah boleh memberi pulangan yang baik kepada ekonomi Negara. Berikan peluang kepada produk tempatan untuk berkembang. Elak terlalu bersikap bergantung kepada produk luar sehingga menjejaskan ekonomi Negara.
2. Tunjukkan contoh kepenggunaan yang baik kepada anak-anak. Ibu bapa perlu didik dan memberi teladan yang baik untuk dicontohi. Elakkan pembaziran secara tidak sedar seperti pembaziran air, elektrik dan penggunaan telefon bimbit.
3. Tingkatkan kemahiran dan pengetahuan untuk meningkatkan pendapatan dan berjimat. Setiap suri rumah wajar mempunyai kemahiran seperti menjahit atau membuat kuih bagi membantu suami menambahkan sumber pendapatan. Selain itu, praktik perkara yang sebelum ini tidak pernah dibuat misalnya menanam sayur-sayuran di laman rumah hatta di dalam pasu sekalipun.
4. Rancang perbelanjaan secara berhemah. Dianggarkan berlaku pembaziran antara 20 hingga 25 peratus bagi perbelanjaan setiap isi keluarga. Ramai yang gemar berbelanja tanpa merancang. Buat perancangan awal dan senaraikan jenis barang sebelum membeli. Utamakan barang keperluan dan hadkan barangan yang tidak diperlukan.
5. Jangan panik atau terlalu emosi. Sebaliknya guna hak sebagai pengguna. Membeli secara bijak dan elak dimanipulasikan golongan peniaga yang cuba ambil kesempatan.

| TERIMA KASIH DAUN KELADI |