...SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI SK KAMPUNG FIKRI SUNGAI TONG (SKK) 21500 SETIU TERENGGANU...~~~BERSATU..SETIA..BERJASA~~~
“Dalam hidup ini adakalanya kita perlu menangis, agar kita sedar hidup ini bukan hanya untuk bergembira & berketawa, adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menghargai nilai setitis air mata, kalau kita tidak merasa kesulitan hari ini, kita tidak akan rasai kemanisan kemudian hari, tidak salah untuk sesekali kita perlu DERITA untuk mengenal erti BAHAGIA...sesekali kita perlu KECEWA untuk kita kenal erti KEJAYAAN...sesekali kita perlu MENANGIS untuk kita syukuri NIKMAT yang diberi...sesekali kita perlu TERHIRIS untuk kita kenal DIRI SENDIRI...."

Tuesday 26 February 2019

PERMOHONAN TAHUN 1 AMBILAN 2020/2021


Maklumat mengenai permohonan Pendaftaran Online Tahun 1 2020/2021 kemasukan Tahun 1 ambilan 2020/2021 adalah seperti berikut:
  1. Permohonan melalui Sistem Pendaftaran Atas Talian (SPAT) KPM – hanya untuk seluruh negeri di Semenanjung Malaysia sahaja. Manakala bagi Negeri Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan, permohonan adalah secara manual melalui sekolah.
    • Dibuka mulai 1 Mac 2019 hingga 30 April 2019
    • Hanya ibu/bapa/penjaga sahaja yang dibenarkan membuat permohonan bagi murid tersebut
    • Layari https://public.moe.gov.my/ untuk akses ke sistem permohonan dalam talian bagi pengguna berdaftar. Manakala bagi pengguna baharu, sila layari https://public.moe.gov.my/?kpm=daftarpengguna untuk pendaftaran pengguna baharu.
    • Kemasukan Tahun 2020 adalah bagi kanak-kanak yang lahir pada 2 Januari 2013 hingga 1 Januari 2014.
    • Kemasukan Tahun 2021 adalah bagi kanak-kanak yang lahir pada 2 Januari 2014 hingga 1 Januari 2015.
  1. Permohonan secara manual melalui sekolah 

Saturday 23 February 2019

TAHNIAH..SETIU NELANG!!!

 KEJOHANAN BOLA TAMPAR MSST TERENGGANU 2019
TARIKH : 21 FEB 2019
HARI : JUMAAT
TEMPAT : GELANGGANG BOLA TAMPAR SMK BUKIT NENAS ( SSTBN )
KEPUTUSAN : TEMPAT KE-3 MSST

KONTINJEN SETIU B12 adalah gabungan team dari SKKFST dan SKLJ di bawah pimpinan jurulatih-jurulatih yang hebat dan berpengalaman. Tahniah dan syabas diucapkan...

Sunday 17 February 2019

JOM KE SEKOLAH

18 FEB 2019 - Serentak seluruh Malaysia, pagi ini Program Jom Ke Sekolah telah diadakan. Program Jom Ke Sekolah adalah merupakan program kolaboratif antara Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Polis Diraja Malaysa (PDRM) dalam usaha menangani permasalahan disiplin dan salah laku murid. Penglibatan pihak polis dalam kawasan sekolah adalah melalui Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) di semua sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia.

PPS yang dilantik menjaga SKKFST adalah L/KPL 186240 Mohd Helmi bin Awang Yahya. Dalam ucapan beliau tadi banyak menyentuh perihal salah laku disiplin murid sekolah daripada terlibat dalam kegiatan jenayah dan perlakuan yang menyalahi undang-undang serta tidak bermoral sama ada di dalam atau di luar sekolah.
 Terima kasih tuan kerana sudi datang merasmikan program pagi ini di SKKFST.
 Ucapan dan amanat daripada L/KPL 186240 Mohd Helmi bin Awang Yahya
 Ucapan daripada Tuan Guru Besar SKKFST
 Perasmian papan kenyataan PPS Sekolah oleh L/KPL 186240 Mohd Helmi bin Awang Yahya
 Bacaan ikrar yang diketuai oleh ketua murid adik Nur Anis Sofiya bt Yusaimmi


Objektif Program 
  • Menggalakkan pelajar hadir ke sekolah.
  • Mengelakkan berlakunya gejala negatif.
  • Menyemai sikap menghargai masa dalam kalangan pelajar.
  • Meningkatkan pencapaian akademik pelajar.



KARNIVAL OLAHRAGA MSSD SETIU

 TARIKH : 12-13 FEB 2019
HARI : SELASA - RABU
TEMPAT : SMK BUKIT NENAS ( SSTBN )
PENCAPAIAN : 1 PINGAT EMAS
TAHNIAH diucapkan kepada penyumbang satu-satu nya pingat EMAS, Adik Nur Dini Afrina bt Kamaruzaman dalam acara lompat jauh P11.
Terima kasih kepada semua yang terlibat..

KEJOHANAN BOLA JARING ZON SETIU TIMUR

TARIKH : 11 FEB 2019
HARI : ISNIN
TEMPAT : SK BUKIT MUNDOK
KEPUTUSAN : KE-3 BERSAMA
 TAHNIAH KEPADA PASUKAN DAN JURULATIH SERTA YANG TERLIBAT SAMADA SECARA LANGSUNG DAN TIDAK LANSUNG

Saturday 9 February 2019

SK FIRST NELANG!!

SETIU - 30 Januari 2019, bertempat di SMK Bukit Nenas, Kejohanan Bola Tampar MSSD Setiu telah diadakan. SK Kampung Fikri Sungai Tong seperti biasa menghantar wakil lelaki dan perempuan B12 dan Alhamdulillah rezeki masih lagi milik SK First. Kedua-dua pasukan sekali lagi berjaya menjadi JOHAN Daerah dalam Arena Sukan Bola Tampar.
Semoga pencapaian ini akan menjadi titik tolak untuk kejayaan yang lebih cemerlang pada kejohanan akan datang.
 Tahniah!!!!