...SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI SK KAMPUNG FIKRI SUNGAI TONG (SKK) 21500 SETIU TERENGGANU...~~~BERSATU..SETIA..BERJASA~~~
“Dalam hidup ini adakalanya kita perlu menangis, agar kita sedar hidup ini bukan hanya untuk bergembira & berketawa, adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menghargai nilai setitis air mata, kalau kita tidak merasa kesulitan hari ini, kita tidak akan rasai kemanisan kemudian hari, tidak salah untuk sesekali kita perlu DERITA untuk mengenal erti BAHAGIA...sesekali kita perlu KECEWA untuk kita kenal erti KEJAYAAN...sesekali kita perlu MENANGIS untuk kita syukuri NIKMAT yang diberi...sesekali kita perlu TERHIRIS untuk kita kenal DIRI SENDIRI...."

Sunday 13 October 2013

LAWATAN BERMAKLUMAT KE MELAKA DAN KUALA LUMPUR

Khamis,10 Okt 2013 - Lawatan Bermaklumat 2013 telah diadakan dengan jayanya. Destinasi pada tahun ini adalah Bandar Melaka dan Kuala Lumpur.Rombongan Lawatan Bermaklumat seramai 35 orang murid dengan diiringi 5 orang guru yang diketuai oleh Cikgu  Md Hesham, Cikgu Mohd Sabri, Cikgu Wan Izimi,Cikgu Rosliwati dan Cikgu Nor Azlah telah melawat Zoo Melaka dan beberapa tempat menarik di sekitar Melaka pada 11 Okt yang lalu.Pada 12 Okt rombongan ke Kuala Lumpur pula untuk melawat beberapa tempat menarik dan bermaklumat di sana. Murid-murid yang menyertai rombongan tersebut terdiri daripada murid-murid Tahun 5 dan 6.









Semua peserta seronok dan ingin menyertai lagi lawatan pada tahun akan datang. Kami bertolak pulang ke Terengganu lebih kurang jam 8.30 malam dan selamat tiba di hadapan Kilang Sawit Sungai Tong  jam 4.30 pagi. Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan Lawatan Bermaklumat 2013 ini. Ketua Rombongan turut menyatakan ucapan Terima kasih juga kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program tersebut.

No comments:

Post a Comment