...SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI SK KAMPUNG FIKRI SUNGAI TONG (SKK) 21500 SETIU TERENGGANU...~~~BERSATU..SETIA..BERJASA~~~
“Dalam hidup ini adakalanya kita perlu menangis, agar kita sedar hidup ini bukan hanya untuk bergembira & berketawa, adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menghargai nilai setitis air mata, kalau kita tidak merasa kesulitan hari ini, kita tidak akan rasai kemanisan kemudian hari, tidak salah untuk sesekali kita perlu DERITA untuk mengenal erti BAHAGIA...sesekali kita perlu KECEWA untuk kita kenal erti KEJAYAAN...sesekali kita perlu MENANGIS untuk kita syukuri NIKMAT yang diberi...sesekali kita perlu TERHIRIS untuk kita kenal DIRI SENDIRI...."

Tuesday 15 July 2014

SALAM NUZUL AL-QURAN

Nabi Muhammad Salallahualaihiwassalam sudah tiada lagi didunia ini. Namun baginda tidak membiarkan umat selepas kewafatannya dalam keadaan terbiar tanpa sebarang petunjuk dan panduan. Baginda meninggalkan kita semua satu mukjizat terbesar yang tidak akan berubah, hilang dan musnah hingga ke hari kiamat.
Ianya menjadi rujukan dan panduan yang lengkap lagi relevan bagi setiap bangsa, keadaan dan zaman. Itulah Al-Quran, kitab untuk umat Islam.
Al-Quran merupakan kitab yang lengkap sebagai panduan dan rujukan bagi umat Islam. Tidak ada satu perkara pun yang terlepas atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan, segalanya terkandung di dalam al-Quran. 
 
Firman Allah SWT: “Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan).” (Al-An’am:38) 

No comments:

Post a Comment