...SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI SK KAMPUNG FIKRI SUNGAI TONG (SKK) 21500 SETIU TERENGGANU...~~~BERSATU..SETIA..BERJASA~~~
“Dalam hidup ini adakalanya kita perlu menangis, agar kita sedar hidup ini bukan hanya untuk bergembira & berketawa, adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menghargai nilai setitis air mata, kalau kita tidak merasa kesulitan hari ini, kita tidak akan rasai kemanisan kemudian hari, tidak salah untuk sesekali kita perlu DERITA untuk mengenal erti BAHAGIA...sesekali kita perlu KECEWA untuk kita kenal erti KEJAYAAN...sesekali kita perlu MENANGIS untuk kita syukuri NIKMAT yang diberi...sesekali kita perlu TERHIRIS untuk kita kenal DIRI SENDIRI...."

Sunday 6 September 2015

MAJLIS HALAL RESTU ILMU CALON UPSR SKKFST 2015

7 September 2015 - SK Kampung Fikri ( Sg Tong ) telah menganjurkan Majlis Halal Restu Ilmu Calon UPSR 2015. Objektif utama majlis ini ialah menzahirkan restu dan halal Ilmu yang semua guru SKKFST berikan  serta penyataan doa dan harapan guru kepada murid tahun 6 yang akan menduduki UPSR 2015 pada 8, 9 , dan 10 September 2015.


Ucapan dan harapan serta doa restu oleh Tn Guru Besar En Zainuddin

Ucapan dan harapan serta doa restu oleh GPK1 Pn Rosliwati

19 orang calon UPSR 2015 yang diraikan dengan penuh harapan agar semuanya berjalan lancar dan memperolehi kejayaan.

Entah apa yang menyentuh perasaan seorang murid ketika memohon restu daripada guru kelas tahun 6 merangkap guru yang mengajar bahasa melayu penulisan... : (

Jamuan ringan disediakan sempena meraikan calon-calon UPSR 2015.

Ya Allah, Kami Guru Guru Merestui dan menghalalkan segala ilmu yang telah kami berikan kepada murid-murid tahun 6 ini... Berikanlah kejayaan kepada mereka. Amin


No comments:

Post a Comment