...SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI SK KAMPUNG FIKRI SUNGAI TONG (SKK) 21500 SETIU TERENGGANU...~~~BERSATU..SETIA..BERJASA~~~
“Dalam hidup ini adakalanya kita perlu menangis, agar kita sedar hidup ini bukan hanya untuk bergembira & berketawa, adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menghargai nilai setitis air mata, kalau kita tidak merasa kesulitan hari ini, kita tidak akan rasai kemanisan kemudian hari, tidak salah untuk sesekali kita perlu DERITA untuk mengenal erti BAHAGIA...sesekali kita perlu KECEWA untuk kita kenal erti KEJAYAAN...sesekali kita perlu MENANGIS untuk kita syukuri NIKMAT yang diberi...sesekali kita perlu TERHIRIS untuk kita kenal DIRI SENDIRI...."

Tuesday 22 March 2016

MAJLIS PENTAULIAHAN KEPIMPINAN SEKOLAH SERTA PELANCARAN NILAM & VLE-FROG

22 MAC 2016 - Majlis Pentauliahan bagi Pengawas Sekolah dan Pengawas Pusat Sumber Sekolah 2016 telah berlangsung semalam dengan jayanya bertempat di Kantin SKKFST jam 11.00 pagi dan dirasmikan oleh Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Langkap iaitu En.Nor Azaman bin Che Soh. Serentak dengan itu, Majlis diteruskan juga dengan pelancaran program NILAM dan VLE-FROG.Antara tentatif majlis pada hari itu adalah penyampaian sijil pentauliahan para pengawas, pengumuman ketua pengawas lelaki dan perempuan serta bacaan ikrar yang diketuai oleh Adik Nur Alea Syahira binti Surhan selaku Ketua Pengawas yang telah dilantik. Majlis juga diteruskan dengan Pengagihan ID/PASSWORD VLE-FROG kepada ketua kelas masing-masing.
Bacaan doa memulakan majlis oleh En.Wan Izimi bin Wan Md Zin
Ucapan alua-aluan oleh Tuan Guru Besar En Zainuddin bin Dollah
Ucapan perasmian oleh En Nor Azaman bin Che Soh ( PKG Langkap )
Nyanyian Lagu Negaraku dan Lagu NILAM
Turut hadir dalam majlis tersebut adalah GPK HEM baharu Pn Norasikin binti Simat
Gimik Pelancaran Program NILAM Dan VLE-Frog disempurnakan oleh En Nor Azaman diiringi Tuan Guru Besar SKKFST

PENYAMPAIAN WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS PUSAT SUMBER SEKOLAH 2016

TAHNIAH KEPADA MURID-MURID YANG TELAH DILANTIK

PENYAMPAIAN WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS SEKOLAH 2016

KETUA PENGAWAS & PEN.KETUA PENGAWAS 2016
                                  
Bacaan Ikrar telah dilafazkan membuktikan taat setia dan janji mereka memegang tanggungjawab yang diamanahkan oleh pihak sekolah sebagai pemimpin.

Persembahan cerita versi bahasa inggeris dan bahasa melayu disampaikan oleh 2 orang murid tahun 2.
Penyerahan ID/PASSWORD VLE-FROG kepada ketua kelas
Cenderamata Program NILAM Sekolah.

BARISAN KEPIMPINAN SEKOLAH TAHUN 2016
Penyampaian Cenderahati kepada En Nor Azaman bin Che Soh atas kesudian beliau datang ke SKKFST dan merasmikan majlis yang bermakna ini.Terima Kasih Daun Keladi Diucapkan.Semoga tidak serik dan tidak jemu berkunjung ke sini lagi dilain masa.

No comments:

Post a Comment