...SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI SK KAMPUNG FIKRI SUNGAI TONG (SKK) 21500 SETIU TERENGGANU...~~~BERSATU..SETIA..BERJASA~~~
“Dalam hidup ini adakalanya kita perlu menangis, agar kita sedar hidup ini bukan hanya untuk bergembira & berketawa, adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menghargai nilai setitis air mata, kalau kita tidak merasa kesulitan hari ini, kita tidak akan rasai kemanisan kemudian hari, tidak salah untuk sesekali kita perlu DERITA untuk mengenal erti BAHAGIA...sesekali kita perlu KECEWA untuk kita kenal erti KEJAYAAN...sesekali kita perlu MENANGIS untuk kita syukuri NIKMAT yang diberi...sesekali kita perlu TERHIRIS untuk kita kenal DIRI SENDIRI...."

Tuesday 19 July 2016

WARNA-WARNI AIDILFITRI PERINGKAT SEKOLAH

Pada 14 Julai 2016, Unit Hal Ehwal Murid (HEM) telah menganjurkan Sambutan hari Raya Aidilfitri Peringkat Sekolah dengan sangat meriah. Semua guru dibahagikan mengikut kumpulan untuk memilih menu sendiri bagi membangkitkan mood raya mengikut citarasa masing-masing. Pada Hari tersebut, murid-murid juga  dibenarkan untuk memakai baju raya masing-masing. Alunan lagu raya dipasang melalui pembesar suara dan didengari semua warga SKKFST menambahkan lagi seri sambutan raya kali ini.
Pelbagai menu telah dihidangkan pada hari itu dan sudah tentu menunya bertemakan hari raya seperti lemang,ketupat,rendang dan banyak lagi termasuk kuih muih yang dibawa oleh murid.
Antara persembahan yang sporting pada sambutan hari raya tahun ini...persembahan adalah daripada murid, guru, kakitangan dan sebahagian daripada jemputan yang hadir juga turut menyumbangkan suara.
Berita warna-warni... 
Pelbagai ragam dapat dilihat pada hari itu...pelbagai gaya dan juga fesyen yang digayakan..guru-guru termasuk murid-murid tidak mahu kalah dengan fesyen masing-masing....cantik dan tampan ...
 "Sekian untuk tahun ini...semoga kita akan berjumpa lagi syawal ditahun hadapan...
in shaa Allah... "


No comments:

Post a Comment