...SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI SK KAMPUNG FIKRI SUNGAI TONG (SKK) 21500 SETIU TERENGGANU...~~~BERSATU..SETIA..BERJASA~~~
“Dalam hidup ini adakalanya kita perlu menangis, agar kita sedar hidup ini bukan hanya untuk bergembira & berketawa, adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menghargai nilai setitis air mata, kalau kita tidak merasa kesulitan hari ini, kita tidak akan rasai kemanisan kemudian hari, tidak salah untuk sesekali kita perlu DERITA untuk mengenal erti BAHAGIA...sesekali kita perlu KECEWA untuk kita kenal erti KEJAYAAN...sesekali kita perlu MENANGIS untuk kita syukuri NIKMAT yang diberi...sesekali kita perlu TERHIRIS untuk kita kenal DIRI SENDIRI...."

Wednesday 23 August 2017

Cuti Pertengahan Penggal Kedua 2017

Sesi persekolahan akan ditangguhkan bermula 25 Ogos 2017 sehingga 03 September 2017 ( cuti am Negeri sempena hari raya aidiladha ) sempena cuti pertengahan penggal kedua persekolahan. Sesi persekolahan akan dibuka semula pada 04 September 2017. Manfaatkan waktu cuti ini dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah. Semoga sihat sentiasa di sisi keluarga.Peringatan mesra juga kepada 24 calon UPSR ye...jangan nak bercuti sangat..exam dah tak lama...muhasabah diri dan ingatlah bahawa " tiada orang lain yang akan mengubah nasib kamu kecuali diri kamu sendiri "

sudah tentu perasaan 'merdeka' dalam hati tetapi harus diingat kepada semua calon, kurang daripada 2 minggu sahaja lagi tempoh peperiksaan UPSR menjelang tiba. jadi, teruskan bertahan dan luangkan masa cuti dengan sederhana di samping membuat persiapan menghadapi peperiksaan seterusnya dengan sebaik mungkin.
kepada semua guru UPSR yang telah bertungkus lumus selama hampir 9 bulan sejak dari awal 2017, pastinya perasaan lega yang tak terucap dengan kata kata dapat dizahirkan. segala penat lelah, keringat, masa dan tenaga demi UPSR akhirnya tiba ke penghujungnya. bagaimanapun, selagi keputusan belum diumumkan selagi itulah perasaan masih tidak keruan. 
Akhir kata manis daripada admin, selamat bercuti dan rehatlah sebentar......

hati hati memandu di jalan raya, jaga kesihatan dan yang paling penting, jaga hati, jaga solat dan jaga iman.
Di kesempatan ini juga, warga SKKFST ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha buat muslimin dan muslimat, khususnya komuniti SKFIRST. Semoga segala amal dihitung mulia di sisi Tuhan.

No comments:

Post a Comment