...SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI SK KAMPUNG FIKRI SUNGAI TONG (SKK) 21500 SETIU TERENGGANU...~~~BERSATU..SETIA..BERJASA~~~
“Dalam hidup ini adakalanya kita perlu menangis, agar kita sedar hidup ini bukan hanya untuk bergembira & berketawa, adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menghargai nilai setitis air mata, kalau kita tidak merasa kesulitan hari ini, kita tidak akan rasai kemanisan kemudian hari, tidak salah untuk sesekali kita perlu DERITA untuk mengenal erti BAHAGIA...sesekali kita perlu KECEWA untuk kita kenal erti KEJAYAAN...sesekali kita perlu MENANGIS untuk kita syukuri NIKMAT yang diberi...sesekali kita perlu TERHIRIS untuk kita kenal DIRI SENDIRI...."

Saturday 28 April 2018

PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM SK FIRST 2018

Tarikh  : 19 - 21 April 2018
 Hari       : Khamis, Jumaat dan Sabtu

Aktiviti perkhemahan merupakan aktiviti tahunan yang selalu diadakan di setiap sekolah. Begitu juga dengan SKKFST di mana telah berlangsungnya aktiviti perkhemahan tahunan. Aktiviti perkhemahan ini telah berjalan dengan lancarnya dari awal hingga akhir dengan disertai oleh 2 badan beruniform iaitu Persatuan Pengakap dan Puteri Islam bersama guru penasihat masing-masing. Perkhemahan ini diadakan di Tapak Perkhemahan SKKFST. Tujuan perkhemahan ini diadakan ialah untuk memupuk semangat, disiplin serta jati diri yang kental dikalangan murid.Selain daripada itu ia juga dapat mewujudkan murid yang bersahsiah tinggi dan mempunyai daya kepimpinan yang menyerlah di samping dapat memotivasikan murid ke arah kejayaan dan daya juang yang tinggi. Ia juga dapat menyemai semangat setia kawan, kerjasama dan tanggungjawab sebagai seorang murid yang berwawasan serta dapat mengeratkan hubungan mesra antara guru dan murid. 

 semua peserta dikehendaki mendaftarkan diri di kaunter yang disediakan. Selesai pendaftaran, semua peserta diarah untuk berkumpul mengikut unit masing-masing. Taklimat diberikan oleh kem komanden mengenai etika dan peraturan serta pembahagian aktiviti sebelum memulakan aktiviti perkhemahan ini. 
Ucapan perasmian oleh GPK HEM En.Mohd Sabri bin Mohd selesai sahaja pendaftaran.
 persiapan tapak perkhemahan
 aktiviti memanaskan badan
 suasana sebahagian tapak khemah peserta
 masak untuk peserta secara berpusat oleh guru penasihat mengikut jadual yang telah ditetapkan
 malam bbq dan camp fire
 Program Bimbingan & Motivasi anjuran Unit HEM
 Antara pintu gerbang yang indah dan kreatif
 Pertandingan kawad kaki
 contoh gajet-gajet kreatif oleh peserta
 Pertandingan masakan rimba yang dikendalikan oleh Ustaz Rasidi bin Mat Salleh
 Pertandingan sukaneka
 Acara wajib iaitu persembahan malam kebudayaan
Sesungguhnya Aktiviti Perkhemahan ini telah memberikan banyak manfaat dan pengalaman berguna kepada semua peserta. Semangat kerjasama yang ditunjukkan oleh semua pihak dalam menjayakan aktiviti ini benar-benar boleh menjadikan program ini lebih lancar dan teratur. Unit Kokurikulum merakamkan ucapan setinggi terima kasih kepada semua guru, Urusetia Perkhemahan dan semua peserta perkhemahan yang telah menjayakan aktiviti Perkhemahan Unit Beruniform SKKFST. Adalah sangat diharapkan melalui program yang dirancang ini bakal melahirkan insan yang kental jiwanya, bersih dan bersemangat. Mempunyai jati diri dan sifat ingin berdikari.Pihak jawatankuasa dengan seberapa daya merancang dan berusaha untuk merealisasikannya. Apa yang paling penting adalah kesungguhan para peserta itu sendiri untuk melibatkan diri dengan aktiviti yang telah disusun untuk mereka. Dengan berakhirnya program ini, segala bahan dan pengalaman serta segala bentuk proses yang dilalui akan dapat dijadikan sumber rujukan untuk individu atau kumpulan seterusnya merancang dan menguruskan program seumpama itu dengan lebih baik. 

 

No comments:

Post a Comment