...SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI SK KAMPUNG FIKRI SUNGAI TONG (SKK) 21500 SETIU TERENGGANU...~~~BERSATU..SETIA..BERJASA~~~
“Dalam hidup ini adakalanya kita perlu menangis, agar kita sedar hidup ini bukan hanya untuk bergembira & berketawa, adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menghargai nilai setitis air mata, kalau kita tidak merasa kesulitan hari ini, kita tidak akan rasai kemanisan kemudian hari, tidak salah untuk sesekali kita perlu DERITA untuk mengenal erti BAHAGIA...sesekali kita perlu KECEWA untuk kita kenal erti KEJAYAAN...sesekali kita perlu MENANGIS untuk kita syukuri NIKMAT yang diberi...sesekali kita perlu TERHIRIS untuk kita kenal DIRI SENDIRI...."

Monday 16 July 2018

GIANT FIRST TEAM MENCIPTA SEJARAH TERSENDIRI

Setiu - 16 Julai, Bertempat di SMK Bukit Nenas telah berlangsung KEJOHANAN BOLA TAMPAR LELAKI B12 MSSD 2018. Seramai 6 pasukan telah menyertai kejohanan tersebut termasuk pasukan SKKFST yang terkenal dengan jolokan " Giant First ". Perlawanan pertama SKKFST menentang SKPJ dengan kemenangan 30-10, seterusnya menang lagi 30-26 menentang SKLJ. Dengan kemenangan besar itu sekaligus membolehkan pasukan Giant First memegang gelaran JOHAN bagi tahun 2018. Menurut jurulatih utama pasukan iaitu En.Mohd Sabri bin Mohd, ini adalah kemenangan kali kelima berturut-turut diperingkat Daerah Setiu bagi kategori B12.
TAHNIAH kepada Pasukan Giant First khasnya dan kepada jurulatih-jurulatih,pengurus pasukan serta semua yang terlibat dalam melatih pasukan sehingga beroleh kejayaan. Teruskan kegemilangan..

No comments:

Post a Comment