...SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI SK KAMPUNG FIKRI SUNGAI TONG (SKK) 21500 SETIU TERENGGANU...~~~BERSATU..SETIA..BERJASA~~~
“Dalam hidup ini adakalanya kita perlu menangis, agar kita sedar hidup ini bukan hanya untuk bergembira & berketawa, adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menghargai nilai setitis air mata, kalau kita tidak merasa kesulitan hari ini, kita tidak akan rasai kemanisan kemudian hari, tidak salah untuk sesekali kita perlu DERITA untuk mengenal erti BAHAGIA...sesekali kita perlu KECEWA untuk kita kenal erti KEJAYAAN...sesekali kita perlu MENANGIS untuk kita syukuri NIKMAT yang diberi...sesekali kita perlu TERHIRIS untuk kita kenal DIRI SENDIRI...."

Wednesday 28 August 2019

MAJLIS SOLAT HAJAT PERDANA SEMPENA UPSR 2019

Majlis Solat Hajat dan Bacaan Yassin telah dilaksanakan pada 28 0gos 2019 ( Rabu ) sempena peperiksaan UPSR yang akan berlangsung pada 4 hingga 12 September 2019. Majlis diadakan di Masjid Bukit Nenas yang dianjurkan oleh Unit UPSR dengan kerjasama Panitia Agama. Semua murid tahun 6, semua guru dan ibu bapa calon UPSR sekolah ini dijemput hadir. 
Majlis dimulakan dengan solat maghrib berjemaah yang telah diimamkan oleh Imam Masjid Bukit Nenas. Kemudian, majlis bacaan Yassin beramai-ramai yang diketuai oleh Imam. Setelah selesai bacaan Yassin, solat hajat berjemaah dan seterusnya, Guru Besar SKKFST telah menyampaikan ucapan dan amanat kepada calon UPSR. Majlis diakhiri dengan sedikit jamuan ringan. Jutaan terima kasih kepada semua yang hadir.
 




Objektif
Melahirkan kesedaran murid agar sentiasa berserah dan memohon kepada Allah setelah melakukan pelbagai usaha dan ikhtiar
-    Menyedarkan ibu bapa mengenai peranan ibu bapa dalam kejayaan anak.
-  Berkongsi mengenai ilmu keibubapaan khususnya dalam amalan-amalan yang dapat  membantu pembelajaran anak.
-   Merapatkan hubungan silaturrahim antara ibu bapa dengan guru

No comments:

Post a Comment