...SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI SK KAMPUNG FIKRI SUNGAI TONG (SKK) 21500 SETIU TERENGGANU...~~~BERSATU..SETIA..BERJASA~~~
“Dalam hidup ini adakalanya kita perlu menangis, agar kita sedar hidup ini bukan hanya untuk bergembira & berketawa, adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menghargai nilai setitis air mata, kalau kita tidak merasa kesulitan hari ini, kita tidak akan rasai kemanisan kemudian hari, tidak salah untuk sesekali kita perlu DERITA untuk mengenal erti BAHAGIA...sesekali kita perlu KECEWA untuk kita kenal erti KEJAYAAN...sesekali kita perlu MENANGIS untuk kita syukuri NIKMAT yang diberi...sesekali kita perlu TERHIRIS untuk kita kenal DIRI SENDIRI...."

Sunday 23 February 2020

LAWATAN PENGAWAS SEKOLAH & PENGAWAS PSS KE PESTA BUKU DAN MUZIUM

23 Feb 2020 -  Program Lawatan Sambil Belajar Pemimpin cilik SKKFST ke Perpustakaan Negeri Terengganu sempena pesta buku 2020. Lawatan ini merupakan satu aktiviti yang bertujuan untuk memberi pendedahan kepada murid-murid tentang ilmu sains perpustakaan. Selain itu, murid telah di bawa ke Muzium Negeri Terengganu untuk menambahkan pengetahuan mereka tentang sejarah dan asal usul Negeri Terengganu.
    Aktiviti ini melibatkan 35 orang murid Tahun 4-6  dan disertai oleh 5 orang guru pengiring yang diketuai oleh Guru Media Cikgu Yuzrida bt Awang. Dengan adanya program seperti ini ia dapat menyediakan pendekatan proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih fleksibel, menarik, berfokus dan bersesuaian dengan keupayaan serta kebolehan murid,.
Selain itu, lawatan sambil belajar ini juga selaras dengan Kementerian Pendidikan Malaysia yang mahukan setiap murid menghadiri aktiviti luar bilik darjah yang sesuai untuk memberikan pemahaman dan pengetahuan berkaitan ilmu sejarah dan sains perpustakaan.
 Murid-murid  juga telah dibawa ke Taman Tamadun Islam pada hari itu untuk melihat monumen masjid-masjid diseluruh dunia. Semoga mendapat pengalaman yang bermakna kali ini.
Jutaan terima kasih kepada guru-guru yang terlibat dalam lawatan kali ini.

No comments:

Post a Comment