...SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI SK KAMPUNG FIKRI SUNGAI TONG (SKK) 21500 SETIU TERENGGANU...~~~BERSATU..SETIA..BERJASA~~~
“"Orang tua kerja untuk menghidupi anaknya, anaknya sekolah agar mendapatkan kehidupan yang lebih layak di kemudian hari. Dengan belajar dan mendapatkan nilai baik adalah cara jitu pelajar untuk membahagiakan orang tuanya."

Tuesday, 31 January 2012

LAWATAN JEMAAH NAZIR-PENCALONAN NEW DEALS

Lawatan Jemaah Nazir Ke SK Kampung Fikri (Sg Tong )
Tarikh:   31 Januari 2012
Masa  :  8.30 Pagi
Tempat:  SK Kampung Fikri (Sg Tong) Setiu

Pada 31Januari 2012, sekolah telah dilawati oleh  dua pegawai daripada Jemaah Nazir . Lawatan tersebut adalah untuk menilai SKPM sekolah tahun 2011  yang lalu. Penilaian ini adalah kerana  sekolah telah dicalonkan sebagai SBT ( Sekolah Berprestasi Tinggi ). Doa daripada warga sekolah dan juga ibu-bapa amat diharapkan agar semoga SKKFST berjaya di dalam penilaian ini.

Lawatan ini dibuat kerana untuk memantau New Deals… (Bai’ah Guru Besar ) kerana SKKFST mendapat markah SKPM tertinggi dan result UPSR lonjakan yang memberangsangkan…  dipilih untuk mendapat New Deals tu.Mudah-mudahan Allah memberi kemenangan kepada SKKFST kerana guru gurunya yang dedikasi dalam melakukan tugasan dalam P&P dan semua hal pengurusan Sekolah.. Amin!!

Sekalung tahniah kepada  guru besar kerana sebagai pentadbir dan pengurus, beliau sentiasa berada di barisan hadapan untuk memimpin institusi pendidikan yang sentiasa bertukar haluan mengikut badai semasa.





Salah satu perkara yang menarik perhatian ialah janji kerajaan untuk memberi ganjaran kewangan dan bukan kewangan kepada guru besar  yang mengatasi prestasi tertentu, iaitu skor Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) serta sasaran literasi dan numerasi (LINUS).






 Sepanjang penilaian Dibuat

Keberangkatan Balik Pegawai Nazir Diiringi Guru Besar

Akhir kata Sekalung Tahniah buat semua warga sekolah yang terlibat secara langsung atau tidak langsung.Semoga Kejayaan adalah milik kita.Amin....

Tuesday, 3 January 2012

SELAMAT TAHUN BARU 2012 &
SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH UNTUK SESI 2012