...SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI SK KAMPUNG FIKRI SUNGAI TONG (SKK) 21500 SETIU TERENGGANU...~~~BERSATU..SETIA..BERJASA~~~
“Dalam hidup ini adakalanya kita perlu menangis, agar kita sedar hidup ini bukan hanya untuk bergembira & berketawa, adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menghargai nilai setitis air mata, kalau kita tidak merasa kesulitan hari ini, kita tidak akan rasai kemanisan kemudian hari, tidak salah untuk sesekali kita perlu DERITA untuk mengenal erti BAHAGIA...sesekali kita perlu KECEWA untuk kita kenal erti KEJAYAAN...sesekali kita perlu MENANGIS untuk kita syukuri NIKMAT yang diberi...sesekali kita perlu TERHIRIS untuk kita kenal DIRI SENDIRI...."

Tuesday 23 October 2012

KEJAYAAN ANDA KEBANGGAAN KAMI


Ahmad Jazlan Aqil bin Rokzi,murid tahun 6 SKKF telah dicalonkan ke Pemilihan Akhir Ke Sekolah Sukan Malaysia di Pusat Kecemerlangan Sukan Tasik Titiwangsa pada 28 Okt - 1 Nov 2012.Semoga berhasil hendaknya.Amin....



KHATAM AL-QURAN PRASEKOLAH 2012

Majlis Khatam Al-Quran Program Pintar Quran Prasekolah:
Tarikh : 23 Okt 2012 ( Selasa )
Tempat : Stadium Tertutup,Kompleks Sukan Negeri,Kuala Terengganu
Majlis yang  dirasmikan oleh KE BAWAH DULI YANG MAHA MULIA AL-WATHIQU BILLAL SULTAN MIZAN ZAINAL ABIDIN yang hadir bersama KE BAWAH DULI YANG MAHA MULIA SULTANAH NURZAHIRAH,turut mengiringi Menteri Besar Terengganu Y.A.B. Dato' Seri Haji Ahmad bin Said dan isteri telah mengumpulkan seramai hampir 9000 murid prasekolah,KEMAS dan juga Yayasan Islam Terengganu.SKKF menghantar 4 orang murid yang telah khatam Al-Quran.
"Sesungguhnya agama di sisi Allah adalah Islam, maka tidak akan diterima agama selainnya. Islam iaitu tunduk dan patuh hanya kepada Allah secara lahir dan batin, tunduk kepada apa yang telah disyariatkannya dalam Al Quran, dan yang disampaikan oleh Rasul-Nya saw. Allah berfirman: "Barang siapa mencari agama selain agama Islam, maka sekali-kali tidaklah akan diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi".



Monday 22 October 2012


KARNIVAL PEMBANGUNAN SUKAN BOLA TAMPAR B11 NEGERI

NAIB JOHAN NEGERI 2012

Karnival Bola Tampar Peringkat Negeri diadakan pada 18-19 Okt 2012 bertempat di SMK Bukit Nenas.Tahniah daripada admin di atas kejayaan yang dicapai.

KARNIVAL PEMBANGUNAN SUKAN DAERAH SETIU 2012

TEMPAT KE-3
Kejohanan telah diadakan pada 21 Okt 2012 (ahad) bertempat di SMK Saujana,Setiu.Seramai 21 pasukan telah mengambil bahagian.SKKF hanya mampu mendapat tempat ke-3 selepas ditewaskan oleh pasukan dari SK Putera Jaya 8-5.walaubagaimanapun admin mengucapkan syabas kepada peserta atas kemenangan walaupun hanya mendapat tempat ke-3.Hadiah telah disampaikan oleh Penyelia Sukan PPD Setiu,En.Mohd Khalili bin Mohamed Nawi.



Tuesday 16 October 2012

SELAMAT KEMBALI BERTUGAS

Selamat kembali bertugas diucapkan kepada Ustazah J-QAF, Siti Nooranizah binti Saloji ke SKKFST

Monday 15 October 2012

PROJEK AKHIR TAHUN 2012

Projek akhir tahun untuk murid Tahun 6 yang dibimbing oleh Cikgu Sulaiman telah siap disempurnakan.Projek yang hanya mengambil masa seminggu ini sekaligus menjadi cenderahati kepada murid tahun 6 yang akan meninggalkan alam sekolah rendah tidak lama lagi.

LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN - PBS

16.10.2012 (selasa) - Taklimat berkenaan pelaksanaan PBS telah diberikan
 kepada semua guru yang  disampaikan oleh Guru Besar.
Tekun mendengar taklimat PBS


BERAT SAMA DIPIKUL RINGAN SAMA DIJINJING

proses mengangkat tiang ke tapak projek pusat perkhemahan
proses pecah tanah dan bangunkan tiang tapak
proses naikkan atap
"Inilah hasilnya" telah siap 100% untuk digunakan pada hari perkhemahan yang dijadualkan pada 30Okt 2012.I'Allah...
Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat atas sumbangan bahan dan juga tenaga yang telah diberikan.

Sunday 14 October 2012

LAWATAN PENANDA ARASAN DARI SK LUBOK TERAS

11 Oktober 2012 (Khamis) – Satu Lawatan Penanda Aras dan Bermaklumat dari SK Lubok Teras,Setiu telah datang ke SKKFST bertujuan untuk menimba ilmu pengetahuan daripada segi pengurusan guru – guru Penolong Kanan SKKFST di samping dapat berkongsi idea dan pendapat tentang kelebihan sekolah
 masing – masing.
Lawatan yang dihadiri oleh 6 orang guru itu telah diketuai oleh Guru Besar SK Lubok Teras sendiri iaitu En.  Che Wan Ralisyardy bin Che Wan Samiun.
Mereka tiba di SKKFST sekitar jam 9.00 pagi dan terus ke Makmal Komputer untuk mendengar sedikit taklimat daripada Puan Guru Besar SKKF sebelum mereka bertemu mata antara guru-guru Pen.Kanan.
Semoga kerjasama dan ilmu yang telah dikongsi dapat dibaikpulih dan diguna untuk pengurusan masing-masing.Pengurusan SKKFST mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian SK Lubok Teras atas lawatan tersebut.
pertemuan antara Guru Besar & Guru-guru Pen.Kanan SKKFST dengan SK Lubok Teras
sedikit taklimat yang disampaikan oleh Puan Guru Besar SKKF
Guru Besar SK Lubok Teras menyampaikan Cenderakenangan kepada Guru Besar SKKF


 

Monday 8 October 2012

PERTANDINGAN AKTIVITI PROGRAM PENDIDIKAN KEBERSIHAN PERINGKAT NEGERI 2012

~CHE WAN HAIFA IRDINA BT CHE WAN RALISYARDY~
NAIB JOHAN PERINGKAT NEGERI
BERSAMA GURU PEMBIMBING YANG BANYAK MEMBANTU
2 Oktober 2012 telah berlangsung Pertandingan Pendidikan Kebersihan Sekolah-Sekolah Negeri Terengganu bertempat di SMK Bukit Diman,Hulu Terengganu.Peserta dari Setiu telah mendapat Naib Johan untuk kategori Pidato Bahasa Inggeris.TAHNIAH diucapkan kepada adik Che Wan Haifa Irdina atas kemenangan yang sangat bermakna ini.


Monday 1 October 2012

PERTANDINGAN AKTIVITI PROGRAM PENDIDIKAN KEBERSIHAN PERINGKAT DAERAH 2012

Pada  25 September 2012 (Selasa), satu Pertandingan sempena Program Pendidikan Kebersihan Negeri Terengganu 2012 telah diadakan di Dewan PPD Setiu..
Penyertaan adalah melibatkan murid-murid yang terpilih mewakili sekolah-sekolah daerah Setiu mengikut kategori.Kategori-kategorinya adalah Prasekolah, Sekolah Rendah, Menengah Rendah dan Menengah Atas.
Bermula dengan pendaftaran pada jam 8.30 pagi, pertandingan diteruskan dengan taklimat syarat-syarat pertandingan oleh panel hakim.  Semua peserta memulakan pertandingan tepat jam 9.00 pagi dan ia berakhir jam 1.30 Tengahari.
Peserta Prasekolah dari SK Kampung Fikri (Sg Tong) Setiu telah berjaya mendapat tempat ke-2 dalam kategori mewarna.Manakala seorang peserta dari SKKFST telah berjaya menjulang nama sekolah dalam kategori Pidato Bahasa Inggeris dengan muncul sebagai JOHAN Daerah Setiu.Tahniah diucapkan kepada semua pemenang dan bagi yang tidak berjaya usaha lagi ditahun hadapan.
Kepada pemenang kategori Pidato Bahasa Inggeris Che Wan Haifa Irdina binti Che Wan Ralisyardy,akan berjuang sekali lagi ke Peringkat Negeri esok bertempat Di SMK Bukit Diman,Hulu Terengganu.Semoga KEJAYAAN juga mengiringi beliau esok.InsyaAllah....
~ CHE WAN HAIFA IRDINA BINTI CHE WAN RALISYARDY~